Friday, May 3, 2013

Pucuk Muda JTB


Ini pucuk muda daun jarum tujuh bilah (JTB)  yang banyak khasiat.


Pokok JTB ini cepat membesar dan kadangkala sampai tak terkawal. Saya memang selalu memangkas pokoknya.

 Kalau tak dipangkas, rumah saya boleh jadi belukar dan durinya memang agak merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak yang suka menjolok buah mulberi dan membuang sampah merata-rata di hadapan rumah saya.

Pada mulanya memang sengaja saya letak pokok ini ditepi jalan dihadapan rumah saya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kebarangkalian jiran saya yang baik budi daripada meletak keretanya dihadapan rumah saya. 

Pekara tersebut perlu dilakukan kerana keretanya mungkin menghalang saya yang ingin keluar bekerja awal pagi ataupun kecemasan ditengah-tengah malam seperti pergi ke klinik dan sebagainya.

Lain pula yang saya cerita. Sebenarnya saya nak bagitau yang pucuk JTB ini sedap dimakan sewaktu ia masih muda seperti ini.

 Lagipun senang nak memetiknya kerana pada ketika ini durinya masih belum tumbuh dan kalau adapun ia masih lembut dan tidak merbahaya.

Semalam saya makan ulam JTB cicah dengan cencaluk pemberian adik saya beberapa tahun sudah. Tak taulah dah sampai tarikh luput ke belum.

6 comments:

  1. Assalam.
    Belum pernah makan pucuk muda JTB ni. Agaknya seperti rasa ulam apa, ya? JTB+Cencaluk tentu hebat uumpnya! Berbungakah JTB tu?

    Selamat mengundi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam,
      tentang rasanya tu sy kurang arif sama dgn apa, tapi boleh katakan rasanya biasa jer, bau pun biasa jer, daun ni berlendir tapi kalau waktu muda camni kurang lendirnya. pokok JTB sy ni bunganya warna jingga.

      Kalau sudi baca entry yg berkaitan JTB di sinun

      http://semuamenjadi.blogspot.com/search/label/Jarum%20Tujuh%20Bilah

      dan sini

      http://semuamenjadi.blogspot.com/search/label/ikan%20herba

      Delete
  2. sedap ke pucuk JTB ni ros, pokok saya dah besar berduri sakan...tp tk mkn pucuk dia...pasni boleh try....tq2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata sedap tu tak ade ler, biasa-biasa jer, tapi khasiat dia tu yg penting.

      Delete
  3. Salam smRose,

    Pucuknya berwarna kekuningan pula ya. Mak Aji punya warna hijau aje. Bunganya warna apa ya, oren ke ungu? X pernah Mak Aji buat ulam. Kalau gitu bolehlah cuba ya. Kata orang pucuknya boleh menjadi ubat kanser.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mak aji,

      yang tu pucuk baru tumbuh, kemerahan sebenarnya. Bunganya warna jingga. mak saudara sy amalkan makan ulam ini dan berkesan.

      Delete