Wednesday, May 15, 2013

Esok, Hari ini dan Semalam


Lama sudah saya tak letak gambar bunga dalam blog ini. Kebetulan pokok bunga yang dah agak lama saya tanam ini tiba-tiba mengeluarkan bunga yang banyak daripada biasa. Agaknya jiran saya tolong bajakan dengan baja bunga kot.

Inilah pokok bunga TYT- Tomorrow, Today & Yesterday. Tapi masa saya beli pokok ini dengan kawan opis katanya nama bunga ini Monday-Friday. Apa-apa pun namanya tetap omputeh.


Saya beli pokok bunga ini pun sebab kata kawan saya baunya wangi. Memang betul baunya wangi tapi tak kena dengan jiwa dan hidung saya. 

Kata orang bunga ini penting dalam pembuatan minyak wangi.


Ciri yang membezakan bunga ini daripada yang lain adalah yang pertamanya tentulah namanya yang kebaratan (hehehe!) yang juga ada kaitan dengan penampilan bunga ini. Warna pada bunga ini berubah-ubah mengikut masa. Warna ungunya akan berubah dari sehari ke sehari semakin pudar dan akhirnya menjadi warna putih.

Bunga ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita, yang mana kita daripada cantik berubah dan pudar kecantikannya mengikut masa. 

Dan macam rambut kita juga daripada hitam (bukan ungu macam bunga ini), beransur-ansur putih seiiring dengan usia (macam boss saya yang bakal naik pangkat tak lama lagi, risau sangat dengan rambutnya yang beruban, rilek la boss).

16 comments:

  1. bab uban ni..sy pun dah start ada uban..org kata jgn cabut..kang makin banyak..tapi tangan tetap gatal nak cabut jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda-muda dah ada uban, org slalu kata sbb keturunan, betui ker tak?

      Delete
    2. Ya...ikut keturunan...nasib le....sebelah mak ke ayah...

      Delete
  2. bunga ni berkembang sebelah petang jerkan, pagi dia tak berkembang. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm, sy pun tak pasti, tapi tq atas info tu, mulai ari ni sy akan perhatikan....hehehe

      Delete
  3. Salam Rose,

    Pokok ni jenis menjalar x? Memang ada jenis2 bunga tertentunya yg wanginya x ngam dengan kita, hinggakan rasa pening, samalah dgn minyak wangi, ada yg ok ada yg x ok. Bab uban pula sebenarnya uban menandakan ketenangan. Masa muda dulu Mak Aji pun mcm tu, asal keluar aja uban mahu dicabut. Sekarang xda lagilah, biarkan aja, kalau rajin pergi kedai inaikan aja, kalau x gitu aja! Percayalah semakin banyak uban semakin tenang hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      pokoknya tak menjalar,rasa macam nk hantar bunga tu kat mak saya sbb tak suka baunya.

      Delete
  4. penah tanam pokok ni dulu...tapi dah kojol...dia wangi jgk kan ros

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi ya memang wangi tapi menusuk sikit baunya, ada org kata macam bau bedak cuticura

      Delete
  5. dulu kat umah mak dikg ada pokok bunga ni..knah tak tau nama die,,kita orang sebut pokok bunga esen je..org kg dolu2..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak namanya yer, bunga esen, agaknya org buat esen minyak wangi....hehehe

      Delete
  6. YTT ~ yesterday, today, tommorow

    ReplyDelete
    Replies
    1. betuisusunannya tu, kalau minyak tyt camna? hehehe

      Delete
  7. Oh. Sekarang saya mengerti mengapa 'semalam, hari ini, dan esok' melekat pada pokok ini. Pada bunganya rupanya.

    ReplyDelete
  8. Bunga ini mahu tempat panas atau teduh

    ReplyDelete