Thursday, May 16, 2013

Mari Menanam Serai Beramai-ramai

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36



Saya ada lebihan serai yang saya tuai daripada pasu serai saya. Saya rendam dalam air untuk menjaminkan kesegarannya. Namun begitu oleh kerana kesibukan sehari-hari akhirnya serai saya terbiar dan akar pun mula tumbuh beserta dengan pucuk baru.


 Banyak akarnya tu, nak buang sayang. Jadi saya gunakan untuk projek penanaman serai saya. Tak taulah nak jual ke atau nak bagi sesiapa yang sudi.


Saya gunakan polibeg hitam bersaiz 1/2 kg sebab ia muat dalam pasu plastik kecil, sesuai untuk diperagakan bila ada jualan.


Bahagian bawah polibeg saya letakkan sabut kelapa hancur yang saya beli.


Kemudian saya tambahkan tanah campuran sehingga separuh daripada ketinggian polibeg. Saya letakkan anak serai.


Kemudian saya tambah lagi tanah campuran sehingga 3/4 polibeg.


Akhir sekali saya letakkan sabut kelapa hancur sekali lagi untuk menghalang kehilangan kelembapan pada semaian serai saya ini.

Sebenarnya saya suka-suka sahaja buat cara ini. Kalau abah saya tanam serai, dia cucukkan sahaja serai-serai kecil yang tak sesuai dijual ke atas tanah. Saya tengok elok subur sahaja serai-serai tanamannya.

Saya ada dua pasu serai yang tak termasak lagi tak termakan. Satu pasu disemai oleh mak saya dan satu lagi saya semai sendiri menggunakan kaedah di atas.

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 

WhatsApp 017 455 95 36

10 comments:

  1. elok tanam byk2 tak yag bel kat kodai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak beli dah, dekat2 umah sy ni dia jual 3 btg RM1

      Delete
  2. Salam Rose,

    Betul kata Ummuaidan tu. Mak Aji dah x beli serai, petik saja dari laman banyak mana nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpetik banyak sangat membazir pulak, last2 tanam dan tanam lagi

      Delete
  3. salam Rose,
    berapa lama rendam serai tu sampai keluar akar? bagus ni, buat aktiviti dgn murid2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari dah mula kluo akar, seminggu dapat lah akar byk camtu

      Delete
  4. Serai ni kalau tak tuai, dia pupus...kalau tanam, jenuh la kena buat rendang dan tomyam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu, nak kena tuai la nampaknya ni dan kongsi dengan kwn2 kt opis

      Delete
  5. tq ats sharing ni..

    pernh terlintas nk tanam serai tapi xtau mcm mana nak mulakan..lps ni boleh try mcm ni..

    ReplyDelete
  6. assalam sis..

    kalau tanam serai dalam pasu ni..agak2 berapa lama lepas tanam pastu baru blh tuai ekk..?

    ReplyDelete