Wednesday, May 8, 2013

Kebun Kelapa Mak Saya


 Banyak tak buah kelapa mak saya? Memang lebat buahnya tapi saya tak tau kelapa jenis apa tapi memang bukan kelapa pandan.


Kalau abah saya sibuk dengan kebun serainya, mak saya pula ada kebun kelapa. Kedudukan kebun ini adalah berhadapan dengan rumah mak abah saya dan dipisahkan oleh jalan tar. 

Ada berapa pokok dekat kebun ini? Saya pun tak kira, rasa-rasanya lebih daripada sepuluh pokok.


Ini pokok yang paling rendah. Rasanya buah pokok ini pernah dicuri orang. Memang ramai orang yang lalu-lalang depan rumah mak abah saya cemburu dengan pokok-pokok kelapa ini. 

Tak kurang juga yang minta beli dan ramai juga minta percuma, terutamanya jiran dan anak menantu mak abah saya.


Tapi yang paling bagusnya ada pokok kelapa sendiri ialah bila terasa dahaga di saat cuaca panas, pergi sahaja ke hadapan rumah dan petik kelapa muda dengan tangan sebab pokok-pokok kelapa mak saya ini masih rendah lagi.

Seperti saya, mak saya pun jarang-jarang masak gulai atau masakan yang menggunakan santan. Itu sebab buah kelapa tua pun banyak lagi kat pokok-pokok ini. 

15 comments:

  1. rezeki namanya...dah la banyak bertandan-tandan..rendah..mudah nak amik...dulu pun arwah atuk sy tanam dlm kawasan umahnya...2 pokok jer..1 hijau mcm ni..1 lagi color kuning2 oren..rendah dan berbuah lebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak sy mmg suka tanam pokok kelapa, umah lama dlu pun ada gak pokok kelapa, sentiasa berbuah lebat dan jadi tumpuan jiran-jiran bila perlukan kelapa utk kenduri

      Delete
  2. Salam smRose,

    Sapa yg x jeles nengokkan kelapa begitu banyak, rendah pula tu! Memang sekarang org suka tanam yg jenis rendah sbb senang petik. Mak Aji ada 2 pokok, pun jenis rendah, buah xde rupa bayang pun?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya mak sy ada petua camna nk bg pokok kelapa berbuah cepat dan lebat, bnanti senang2 sy tanya dia, tp yg sy ingat kalau tanak bg pokok kelapa dirosakkan kumbang, taruh garam kasar

      Delete
  3. kalau kat pasar kelapa tua tu mahal rose...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, mahal ye, boleh lah sy jadi penjual kelapa plak lepas nih...ekekeke

      Delete
  4. salam Rose,
    oii..pos lah kat aku benih kelapa ni, cari yg dah tumbuh..inilah kelapa mawar.aku sangat2 perlukan bibit kelapa rendah ni.Kat sini ada tapi tak cukup.Kabarnya, kelapa ni tanam selama 3 tahun boleh berbuah.Tanya emak Rose, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak,

      nak pos? boleh ker? nanti sy balik umah mak abah saya, saya tanya apa nama kelapa ni yer

      Delete
  5. Bestnya boleh capai-capai dengan tangan begitu sahaja. Lebat buahnya.
    Permintaan buah kelapa tua sangat tinggi sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo, bole la jadi tokeh buah kelapa, kena nasihatkan mak sy nih

      Delete
  6. SALAM,

    Pn, sy n suami dh lma cri benih kelapa baka nie. klu ada buah yg tua n tumbuh boleh x jualkn pd sy.. xdpt byk satu pn jadilah.. byk penjual yg jual benih kata baka mawar/matq, tp ending bla tanam bkn.. sudahnya jdi korban kenduri amik umbut wat gulai/acar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak saya memang ada jual benih kelapa ni, tapi kalau nak kena pergi rumah mak saya ler....hehehe

      Delete
  7. kat daerah mane ni ye? sebab sy tgh cr maklumat tanah/iklim sesuai/subur bg tanaman kelapa

    ReplyDelete
  8. Salam sy berminat untuk membeli benih pokok kelapa ini..harap hubungi sy. .tq

    ReplyDelete
  9. yayaya...sangat2 membanggakan utk mak kamu yg rajin berusaha..

    ReplyDelete