Tuesday, May 7, 2013

Mari Menuai Kacang Panjang bersama Yasmin

Sebelum ini saya ada cerita yang abah saya ada menanam pokok kacang panjang kan.

Pokoknya dah pun berbuah dan sudah boleh dituai. Sekejap sahaja kan, kalau kita tanam sendiri lambat sahaja rasanya nak berbuah.


Macam biasa, model kacang panjang akan menawarkan diri untuk memegang hasil tuaian untuk kali ini, dengan senyuman tak nampak mata.


Lebat juga pokok kacang panjang abah saya ini berbuah. Sebenarnya abah saya dah tuai banyak kacang ini. Tapi dah tak berapa segar. Jadi yang itu adik saya bawa balik seplastik besar ke rumahnya. Kata adik saya dia nak jual dengan kawan-kawan berdekatan rumahnya.


Kacang panjang yang Mimin pegang ini saya tuai sendiri di pokoknya, saya pilih yang elok-elok dan segar sahaja. 

Saya paksa Mimin bergambar bawah pokok pisang bersama hasil tuaian. Macam biasa Mimin buat muka pelik.


Agak-agaknya kan, bulan depan kalau saya balik lagi ke rumah mak abah saya, ada tak lagi kacang panjang untuk dibawa pulang?

16 comments:

  1. banyak betul buahnya..bilalah nak berjaya buat trellis mcm tu utk kacang pnjang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah sy guna kayu-kayu hutan jer utk buat trellis tu

      Delete
  2. lebat buahnya tuh..kalau kacang panjang galaxy lama gak tahannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak tau ler ni kacang panjang jenis apa, tp galaxy kompom bukan kot

      Delete
  3. rasa mcm tgh melawat ladang kacang pjg...suburnye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sebaris jer abah sy tanam kacang ni bukannya byk mana

      Delete
  4. nampak macam kebun kacang panjang berskala besar jer....boleh bawak lori ni kutip hasil ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skala kecik jer, buat makan jual pun tidak

      Delete
  5. banyak betul kacang panjang.. menjadi betul kan.. geram tengok..

    ReplyDelete
  6. Salam smRose,

    Ini baru betul kat kampung, sayur penuh kebun, nampak macam semua ada! Pernah satu ketika dulu Mak Aji balik ke kampung dengan membawa balik pisang tanduk! Kat kampung xde sangat kawasan tapi kami kat KL ada kawasan, sempat bertanam kelapa (beli mesin parut kelapa mcm kat kedai runcit tu!), nangka, cempedak, mangga segala bagai! Terbaliklah pulak ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      org2 kat sini smuia dah terjangkit semangat abah sy, semua pun nk tanam serai...hehehe

      Delete
  7. Seronoknya tengok banyak kacang panjang berbuah berbaris macam tu. Mesti lama ambil masa nak menuai semua kacangnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama la kot, sy tuai sikit jer, abah sy yg tuai ari2

      Delete
  8. berapa lama dari mula tanam hingga pokok kacang pjg tu boleh berbuah?

    ReplyDelete
  9. Seronoknya tgk hasil yg menjadi.. Aka baru nak cuba2 tanam.. Tlg doakn ye

    ReplyDelete