Tuesday, June 4, 2013

Alpukat


Bukan nak cerita pasal pukat tangkul atau pukat jerut cuma nak cerita pasal buah avocado. Sudah lama saya menyimpan impian nak tanam pokok avocado. 

Gambar di atas menunjukkan cara menyemai benih avocado.


Macamana saya boleh teringin sangat nak tanam pokok avocado? 

Pada suatu masa dahulu (bukan cerita dongeng ya), di tempat kerja mak saya ada sepohon avocado dan mak saya pernah bawa pulang buahnya. Masa itu barulah saya tahu yang avocado boleh ditanam di Malaysia.

Pada masa kini pula, setiap kali saya pergi kerja, saya akan melalui sebuah rumah yang ada empat atau lima pokok avocado di luar pagar rumahnya, hari-hari saya tengok pokok itu dari mula berbunga sampailah dah berbuah. 

Tapi saya malu nak ambil gambarnya, takut nanti tuan rumah nampak dan nanti diingatnya saya ni 'papparazi' or 'mammarazi'.


Inilah buah avocadonya. Saya beli di pasaraya.


Saya suka minum jus alpukat di kedai  Nasi Padang.


Tapi kalau di rumah, saya suka makan isi avocado yang di siram dengan  madu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

26 comments:

  1. kakak saya dulu ada tanam pokok avokado ni, buah dari kawan dia dari indonesia. pokok tinggi tapi tak berbuah-buah pun sampai pindah pun tak berbuah... mungkin pokok jantan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tau pulak pasal pokok jantan betina tu, kena belajar lg la nampaknya

      Delete
  2. Akak pun suka jus ni... bulan Ogos musim avocado di Cameron Highlands ikut kata penjual tu.. murah boleh dapat banyak berbanding sebiji lebih dari RM 4.00 kalau beli di pasaraya.. ok.. selamat menanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih kak mar, tak tau la pulak sy kat CH ada musim avocado, kena pi la ni

      Delete
  3. pokok ni besrakan Rose.Muat ke tanam diruang halaman?. Mungkin kalau dari keratan batang@pokok tut pokok akan lebih kecil dan cepat berbuah.Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, mmg besar macam pokok mangga, sy nak cuba tanam dlm pasu cam jiran sebelah....hehehe, melawak jer, sy nak tanam dkt rumah mak saya.

      Delete
  4. OOOO ya...boleh try ni...ada lg sebijik avocado dlm freezer

    ReplyDelete
  5. sy pernah makan avocado nie buat jem..sedap jgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...tak tau pun bole buat jem, slalu tgk org buat 'guacamole dip' tu ajer

      Delete
  6. Salam,

    Kalau boleh bagi tahu saya dimana jumpa pokok avocado ni yg diceritakan nampak 4 pokok tu.. saya pun mencari. pokok ni boleh di tanam juga dengan keratan batang.. sila bagi tahu saya alamat rumah yg tanam avocado tu.. insyallah saya akan cuba dapatkan benihnya.

    sila email ke Riza teenine@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      tak berani rasanya nk bg alamat umah org lain, kang kena saman pulak saya...hehehe

      Delete
  7. jus alpukat letak cokelat sangat sedap,kalo tanam dari biji agak lambat nk dapat hasilnye nanti agknye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mmg lambat, nak tumbuh pun makan masa, inikan pulak nk berbuah, tapi usaha kan tangga kejayaan...hehehe

      Delete
  8. i never eat avocado. d closest i got was pencuci muka yg ada taruk avocado apa ntah capnya tu. i wished u luck dlm misi menanam avocado, then i might pay a visit n bergambor di tepi pokok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayoyo, r u sure u neber eat alpukat? bio betui! sebenarnya I ada cerita nk bgtau u pasal benih ni, nanti I inbox, okay. Remember, my name is Rose...hahahaha

      Delete
  9. Saya plak suka mkn cmpur susu pekat. rsa lemak manis. hehe. dulu mak saya suka tnam byk2. dh sdg besar & pindah rumah, tau-tau habis kena mesin tukang rumput. cuma tgl 1 je skrg ni, tpi lama nak tngu kluar buah. tau tak trick 1 bji ni boleh buat 2 kdg 3 benih? ptg biji jdi dua bhgian & tnam sprti biasa. selamat menanam..

    ReplyDelete
  10. Salam rose,
    msatu dh komen, tak kluar plak ye. ni nak bgi tau tips tanam avocado.biji dia boleh dibelah jadi 2-3 & tnam sprti biasa. inshaallah dpt 2-3 pokok.

    ReplyDelete
  11. Salam Rose,

    Projek bagus ni tanam avokado. Mak Aji suka dibuat jus macam yg Ibu Qis sebut tu - mabeles!! Pertama kali tengok cara menyemainya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun ngintai2 kat youtube cara menyemainya tu

      Delete
  12. pokok yg matang dan boleh berbuah agak2 sebesar mana? nak tanam kat perumahan sesuai x?

    ReplyDelete
  13. Salam..tau x kat2 mana2 jual ekstrak minyak avocado?

    ReplyDelete
  14. Salam... macam mane rase avokado ni... xpernah mkn...

    ReplyDelete
  15. Saya teringin nk mkn tp xjmpa pn kt pasaraya..mn nk beli?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wa rahmatullah

    Sy sudah banyak pokok advocado dari benih biji, sy tanam dalam pasu maybe ada 10 pokok dgn ketinggian 40cm - 1.3 mtr.

    3 bln lepas sy coba2 potong pucuk kira2 25 cm trus sy cucuk dalam pasu, alhamdulillah sekarang sudah banyak pucuk baru,
    Sy pun menanam advocado dari biji yg sy dapat dari bandung, sumatera barat, bogor.
    Di dubai sy beli advocado kenya dan mexico dan sekarang lagi sy semai dalam pasu

    ReplyDelete