Saturday, June 22, 2013

Lavender


Bosan pula tengok halaman hadapan rumah . Tak ada warna. Bunga ros jepun gantung saya telah diserang bena putih. Menyampah saya tengok rupanya lalu saya buang dalam tong kompos.

Sebagai ganti saya beli bunga ini, taukeh nurseri kata namanya lavender. Walaupun saya tahu ini bukan bunga lavender sejati, tapi warnanya kira lavender la juga.


Sebelum ini mak saya sudah pernah menanam bunga ini. Saya tengok mak saya punya elok hidup siap membiak lagi. 

Seketika dulu sempatlah bunga ini menjadi 'hits' sebentar di kawasan perumahan mak saya. Adalah dua tiga orang jiran yang datang minta benih dengan mak saya.

Pokok bunga ini ditanam dengan menggunakan keratan batang sahaja. Bunganya pun tahan lama. 

11 comments:

  1. salam rose,
    beli kat flora k? sekarang sedang berlangsung pesta florakan, mampu tengok kat tv je.
    Kalau bunga ini dah keluar benih pos kat akak ye, jagalah elok2..sampai bila2 hehehe..itu setia namanya.kasihan ros jepun, Rose menyampah tengok dia..lalu campak dia dalam kompos, dulu Ros sayang diakan..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tgk kt TV pun tidak...hehehe, sy buang ros jepun tu sbb ada byk lg pasu ros jepun yg elok2 kat umah

      Delete
    2. eh, lupa nk jawap slm, w'slm kak,
      benih pokok ni keratan batang, cuba akak tinggalkan alamat kat email sy semuamenjadi@gmail.com, sy bg benih pokok lain nak tak?...hehehe

      Delete
    3. nak sangat2 hehehe..nanti akak bagi alamat alamat k.Terimakasih Rose

      Delete
  2. Assalam Rose.. dah tak boleh selamat lagi ke rose tu.... Rasanya boleh je ambil batang dihujung dan semai terus.. wp tangkai kontot.. dia sgt senang hidup balik.. baru semalam kita org ke Genting melawat taman bunga biru ni...gara2 nak mengelak jerebu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm,
      jgn risau kak, sy ada byk stok lg bunga ros jepun tu, byk sgt dah macam menyemak pulak....hehehe

      Delete
  3. penah tanam lavender ni...tp tak bertahan lama...mati semuanya...rose tlg bg tips mak awk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tipsnya jgn letak tempat panas, lenlain macam pokok biasa jer

      Delete
  4. Salam Rose,

    Mak Aji pun ada pengalaman macam @na, x tahan lama. Agaknya x mahu panaslah tu.

    ReplyDelete
  5. salam rose, kalo saya nk juga benih lavender bleh x? pos ke perlis

    ReplyDelete
  6. salam. saya baru ada dan nak belajar tenam pokok Mona Lavender ni. cara siram dia mcm mana. 2x sehari ke? atau sehari sekali? lagi satu cara biakkan tu potong sahaja tangkai dan cucuk ye? tangkai yang berbunga ke tangkai tak berbunga?

    ReplyDelete