Monday, June 24, 2013

Pokok Jangguih Pucuk Ketereh


Saya dah tanam pokok gajus, khas untuk pucuknya. Memang saya minat sangat makan ulam daun gajus. Rasanya kelat-kelat lemak tapi yang paling mengancam adalah baunya.

Masa kecik-kecik dulu saya selalu main atas pokok gajus. Makan buahnya yang kelat cicah garam. Bijinya pula dibakar, kemudian ketuk sampai pecah dan dapatlah  kacang gajus bakar yang harum lagi enak.

Tapi ada bahayanya buah dan biji gajus, kalau terkena getahnya boleh melepuh kulit. Kami panggil melecup.


Pokok ini saya pesan adik saya belikan. Jadi tempat transitnya adalah rumah mak abah saya. Sempatlah Mimin 'posing' sikit dengan pokok gajus sebelum saya bawa pulang.


Setakat ini saya belum lagi kutip pucuk pokok gajus ini, sayang rasanya. Saya nak tunggu dia besar sikit lagi, kemudian pangkas dahannya supaya rendang dan keluar banyak pucuk.

15 comments:

  1. Sama...akak pun suka buat ulam Pucuk dia.
    Tempat bermain atas Pokok gajus ni dulu2.
    Biji dia bakar pas tu ketuk.
    Buah dia mak akak buat kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan yg sama yer, kitorg terus makan kacangnya begitu saja, sedap

      Delete
  2. mmgg betul..baunya tuh yg ngancam..ingat dl yg buahnyer bergetah tuh kena hati2 kan..silap2 leh melecur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baunya menaikkan selera, getahnya mg bahaya, mula-mula melepuh, kalau dibiar boleh berkudis

      Delete
  3. waah manis menawan model jangguih tu...pucuk dan bijinya mmg best...

    ReplyDelete
  4. oh, this is sth new for me. i dunno Ketereh mean b4 tis...cuma ingat kan budu yg brandnya "Ketereh" haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu I pun tak tau, lepas tgk budu tu baru tahu

      Delete
  5. Memang sedap pucuknnya, sebagai pembuka selera.

    ReplyDelete
  6. Pucuk gajus ulam terbaik
    Boleh turunkan darah yang naik (ye ke?)
    Tapi wajiblah kena ada
    Sambal tertentu jadi pengiringnya (sambal apa?)

    ReplyDelete
  7. Kalau ada pokok gajus ni, akak pun nak tanam.Jagalah pokok tu Rose, dah jarang nampak pokok gajus.

    Rose, kenapa nangis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nangis sbb tangan melecup kena gatah jangguih

      Delete
  8. Salam Rose,

    Mak Aji juga suka makan pucuk ni, pun pernah tanam semata-mata kerana pucuknya. Pun ada pengalaman semasa kecik2 dulu dengan arwah mak, bakar bijinya. Arwah mak tukang bakar dan kopek, kami menunggu makan je, berebut2 pulak tu!

    ReplyDelete