Tuesday, June 25, 2013

Mari Berkenalan dengan Buah Pisang Muda secara Mesra


Ini pisang emas yang tak dibawa belayar dan belum masak di atas peti. 
Pisang emas muda sedap juga kalau dibuat gulai. Masa kecik-kecik dulu kalau mak saya masak gulai pisang muda, saya pilih kulitnya sahaja sebab saya suka.


Mula-mula saya ingat ini pisang abu, tapi abah saya kata ini pisang rastali. 
Pisang rastali  masak rasanya masam-masam manis. Saya tak suka makan pisang rastali  tapi saya suka namanya yang sedap, lain daripada nama pisang-pisang lain.


Ini pula pisang berangan, tapi ini versi yang tak berapa menjadi. Sikit sahaja sisirnya. Selalunya buahnya lebih  banyak, tandannya pun lebih panjang.


Pisang ini kalau tak kenal memang bukan pekebun sejatilah namanya. Ini pisang tanduk. Besar-besar buahnya. Satu tandan jarang buahnya banyak. Saya paling suka kerepek pisang tanduk, lemak-lemak sahaja rasanya.

Ada banyak lagi variasi pisang dekat kebun abah saya, kalau senang nanti saya perkenalkan lagi.

Semoga segala yang diperkenalkan memberi manafaat kepada rakan-rakan yang belum kenal jenis-jenis buah pisang.

Sehingga bertemu lagi di lain siaran, saya akan cuba perkenalkan pula buah-buah pisang yang sudah masak. 

12 comments:

  1. mmg powerlah..boleh kenal jenis2 pisang nie..sy fail bab nama2

    ReplyDelete
  2. As salam tuan kebun,
    Semua jenis pisang dalam entri ni saya tanam kecuali pisang rastali. Pisang rastali yg seperti dalam foto ni sgt berbeza dgn pisang rastali yg saya biasa tanam dulu. Pisang rastali kalau di Kelantan ianya dikenali dgn nama pisang kelat keling. Pisang yg kedua dlm foto lebih menyerupai pisang karang, rasanya masam manis dan sedap digoreng. Pisang berangan tu saya yakin ianya jenis kampung yg lebih byk khasiat berbanding pisang berangan klon baru. Saya tanam pisang berangan kampung dan pisang berangan baka baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm tuan pelawat,
      nantilah sy balik umah mak abah sy, sy tanyakan lagi mengenai pisang rastali tu

      Delete
  3. Banyaknya pokok pisang, macam-m,acm, jenis pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk lagi...tapi malas nak tangkap gambar

      Delete
  4. wah banyaknya jenis pisang, pisang sabah@ pisang nipah, Rose pernah dengar tak? hehehe..tempat saya ada pisang melaka tau, pernah tengok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang nipah biasa tgk, tp tak taulah sama ngan pisang sabah ke tidak, tapi pisang melaka mmg tak tau pun

      Delete
  5. pisang rastali mmg feveret....tapi susah nak jumpa kat pasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu, pisang rastali mmg tak byk kt pasaran

      Delete
  6. pisang rastali saya jumpa kat Chow Kit 9 tahun lalu sebelum masuk exam final accounting he he.. akak pun suka makan gulai pisang muda... kulit tulah yang menjadi feveret sebab dia rangup dan lemak .. hmmm semalam baru makan!!

    ReplyDelete
  7. alahaii, kenapa bila tengok gambar2 tu masih tak nampak perbezaannya (selain pisang tanduk). haha. kenal pisang tanduk pun sebab mak berniaga kerepek pisang tu. aihh, rindunya nak mkn kerepek mak masak

    ReplyDelete