Tuesday, July 23, 2013

RM35


Semua ini saya dapat untuk RM35 sahaja. Berbaloi tak?

Tuaian saya daripada nurseri kegemaran terdiri daripada tujuh bungkus tanah campuran, sepasu bunga ros mini, pokok bangun-bangun (cuban oregano), anak pokok anggur dan sebiji pasu seramik.


Anak pokok anggur ini saya cadang nak tukar pasunya kepada yang lebih besar dan jaga dia baik-baik sampai cantik. Lepas itu saya nak cuba jual bila ada peluang dengan harga yang lebih tinggi.

 
Pokok bangun-bangun ini pula untuk koleksi peribadi saya. Saya suka baunya yang mengingatkan zaman kanak-kanak saya waktu main masak-masak.


Dan yang ini pula bunga ros yang saya ceritakan hari itu. Antara semua tuaian berbayar yang saya dapat di nurseri kegemaran inilah yang paling saya suka.

Setelah agak lama menjadi pelanggan tetap di nurseri kegemaran, saya telah belajar kaedah untuk mendapat harga yang lebih berpatutan. Antaranya hanya membeli daripada taukeh lelaki, kalau dengan taukeh perempuan sudahlah mukanya masam harga pun sama naik masam dengan mukanya sekali. Maklumlah seperti yang kita tahu 'cas yang sama akan menolak'.

Dulu sewaktu Kamal ada senang juga nak minta diskaun, sejak dia 'balik negara'  terpaksalah saya mengharapkan diskaun daripada taukeh lelaki sahaja.

8 comments:

  1. berbalo-baloi...baru tau nama die cuban oregano..saya pun ade beli pokok tuh..tapi tokey bg tau pokok peppermint....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...pokok peppermint? Jauh sangat tu, tapi ada gak iras kalau daun pokok ni kecik, tapi daun pokok bangun-bangun ni tebal dan jauh lebih besar drp peppermint

      Delete
  2. bangun - bangun yang akak ada lain lak rupanya... hamboii dah biz minded ni.. tanam la anggur tu elok-elok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni dah lama minat mniaga, sejak kecik lg, cuba tgk profile sy...hehehe

      Delete
  3. selamat menanam anggur dengan jayanya.. moga naik besar dan banyak buah.. :) besar sungguh cita cita ye.. :)
    semua tu rm35, sangat lah berbaloi..

    ReplyDelete
  4. Saya tak tahu nak komen sebab saya tak pernah membeli banyak dari nurseri. Hanya tanah sahaja. Anggur nanti mesti senang nak biak. Guna keratan batang sahajakan?

    ReplyDelete