Monday, July 22, 2013

Tuaian Gulai Masam


Ini dia tuaian yang terdiri daripada cili api dan serai. Cili api dah naik kering dekat pokoknya, sekarang ini susah betul nak jumpa hujan di kawasan rumah saya. 

Cili api pula tengah galak berbuah setelah hampir-hampir nyawa ikan akibat serangan bena putih. Selepas dipangkas dan sembur racun perosak, akhirnya pokok bertunas semula dan mengeluarkan buah yang lebat daripada sebelumnya.

Resepi yang saya nak buat dengan tuaian ini adalah gulai masam atau orang kebanyakan sebut Asam Rebus. Inilah masakan paling senang nak buat. Masak dalam microvawe pun boleh. 

Caranya tumbuk ciliapi, kunyit, bawang dan belacan. Titikkan serai. Kemudian sediakan periuk kaca, masukkan ikan (saya suka ikan tongkol, ikan lain pun boleh), masukkan air dan bahan yang ditumbuk beserta asam keping. Akhir sekali masukkan periuk kaca dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 10 minit.

Masakan ini sangat sesuai untuk bangkitkan selera yang masih tidur waktu bersahur, selamat mencuba!

9 comments:

  1. Saya suka menu simple macam tu tetapi selera anak2 ni lain pulak, hendak ataupun tidak terpaksalah ikut sahaja selera dia orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu yang ringkas ni kenkadang lebih sedap daripada yg susah tu, tapi diorang manala tau...hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum Rose,
    saya selalu masak gulai masam ini, anak perempuam pun suka juga gulai masam ni. Orang Perak selalunya letak serai, cili api, asam gelugor, kunyit hidup dan ikan kembung. Makan dengan nasi panas. Sedap........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      kalau guna ikan terubuk lagiii sedap tapi bebudak susaah skit la nak makan

      Delete
  3. Sometimes.. more simple more merrier... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ringkas dan mudah, jimat masa jimat tenaga...hehehe

      Delete
  4. gulai masam pun terkenal di pahang, faveret dish to cook, senang..mudah..sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..yer ker, bahan-bahannya pun sama yer

      Delete
    2. aah..tapi lagi best buat dengan ikan sungai, pastu asam keping ganti ngan belimbing buluh..kaw kaw rase die..

      Delete