Thursday, August 1, 2013

Macamana nak pos yang ini?


Hari ini saya nak minta pendapat kawan-kawan yang  sudi membaca blog saya ini. Apakah cara terbaik untuk saya poskan benih buah kelapa ini untuk seseorang yang istimewa, peminat hobi bertani seperti saya.


Saya ini seorang pekerja sepenuh masa, dari pukul lapan pagi hinggalah lima petang. Ruang masa nak ke pejabat pos hampir tiada, lagipun pejabat pos agak jauh jaraknya daripada opis saya. Syarikat penghantaran lagilah jauhnya.


Ini mak saya ada sediakan dua biji kelapa untuk dihantar, saya ambil dari rumah mak saya hujung minggu yang lalu. Nak hantar dalam masa terdekat ini saya takut ia tersangkut dimana-mana dan terus kering lalu mati.

Bantulah saya, tentang bagaimana nak menghantarnya dan bilakah masa terbaik untuk mengepos amanah dari mak saya ini. 

Tapi kalau ada seiapa nak tempah benih kelapa bolehlah berhubung dengan anak mak saya yang menulis blog ini...hehehe!

p/s: Kak Puteri Purnama dari blog Disini dalam lingkaran ini , saya nak bagitau bungkusan telah pun diterima, mak saya siap sebut satu-satu apa yang akak hantar. Balik raya nanti barulah saya dapat tengok dengan mata saya sendiri. Terima kasih banyak-banyak, saya suka semuanya.

13 comments:

  1. salam..kalau akak nk hantar time sekarang takut lambat dapat, maklum lah nk raya pos laju jammed dah..mungkin lepas raya, masuk dlm kotak saja..nak cepat guna la gedex ker nationwide ker..satu hari dah sampai..heheh..kalau kenal dgn driver bus bole jer kirim ngan org bus,,bayar skt ler abg driver tue..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      terima kasih atas tips tersebut, kadang-kadang buntu gak piker camna nak pos barang ni...

      Delete
  2. salam rose, nak ke mana tu? kalau di semenanjung htr tru bus mmg paling pratikal la..

    ReplyDelete
  3. hantar bungkusan biasa lepas raya,skrg pos slow sikit. tebuk lubang kat sabut kelapa, ikat pada kotak supaya mata tunas tak patah,

    ReplyDelete
  4. call pos office.dia ade pick up service.rm5 sekali dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM, sebelum ini saya tak tau pun ada servis yg macam tu, nampak sangat sy ni tak tau perkembangan terkini

      Delete
  5. Assalammualaikum Rose,
    hahaha kelakarlah awak ni..kelapa tu untuk saya ke?..jangan susahkan diri lah dik.
    Susah kirim benda tu, kalau kotak melebihi saiz, harga pos pun lebih mahal..walau tak berat.

    Apa pun salam kat emak, katakan terimakasih banyak2 atas ingatan dan keinginannya nak kirim bibit kelapa baka rendah tu.Hati akak mahu sangat bibit tu, tapi janganlah, susah nak antar tu, akak faham situasi Rose, sama lah kita bab mengepos barang2 ni. Bingkisan yg.akak kirim tu, tak perlu dibalas, ia kerana Allah, benda baik kita kongsi kerana itu rezeki dari Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      hehehe....cepat jer akak tau yer, terima kasih byk kak.

      Delete
  6. Usah lupa gantung nama serta alamat penerima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...terima kasih, tips paling penting skali tu

      Delete
  7. Aslm, macamana nak beli benih kelapa mak ni? Saya di Selangor. terima kasih.

    ReplyDelete