Wednesday, July 31, 2013

Apa Nasib Cemperai?


Dulu saya pernah cerita yang abah saya ada cuba menanam pokok cemperai untuk pucuknya yang sedap sangat tu. Beginilah rupanya, lambat sangat membesar tapi sekurang-kurangnya ia tak mati.


Kalau nak ambil pucuknya memang tak ada lah. Apa lagi nak buat masak lemak putih kegemaran saya tu.


Nampaknya abah saya dah mula menanam serai dekat kawasan pokok cemperai ditanam. Harap-harapnya abah saya tak putus asa dengan pokok cemperai. Biarlah ia hidup dengan caranya sendiri. Mungkin suatu hari nanti impian saya nak makan masak lemak putih pucuk cemperai hasil tanaman abah saya akan tercapai. Doa-doakanlah.

8 comments:

  1. cemperai? mmg tk penah tgk...pokok ulam ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuknya perlu dimasak untuk dimakan, macam pucuk manis tapi lebih sedap dan ada bau yg besh

      Delete
  2. salam rose, ni sayur kegemaran masa kecik2, buat masak air, pokok ni bkn hidup kat hutan ke, sebabnya abah saya yang selalu bawak balik pucuk nih kalau dia pergi ladang, kat mana ayah rose dapat benih tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok ini selalunya hidup kat kawasan ladang getah, abah sy ambil keratan batang kat ladang kelapa sawit...hehehe

      Delete
  3. Salam rose, Potong semua pucuknya. Nanti pokok akan rendang dan banyak pucuk baru. Itu yang saya buat dengan pokok cemperai di rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! bolehlah kongsi gambarnya kat blog, nak tengok jugak, nanti saya nak cuba pangkas pokok tu kalau abah saya benarkan...hehehe

      Delete
    2. Insyaallah saya akan share dalam blog nanti

      Delete
  4. salam... mohon bantuan.. dimana saya nak beli pokok cemperai? terima kasih.
    (fahmy - whatsapp saya 01132927437 atau emel saya fahmy.ghazali@gmail.com)

    ReplyDelete