Tuesday, July 30, 2013

Semangka Kuning


 Semangka ialah tembikai, jangan buat tak tahu pula. Ini adalah pokok tembikai kuning yang abah saya tanam di kebunnya sebulan yang lalu. Masa itu hujan tak turun, tengoklah keadaan tanah itu.


Kesian tengok keadaan pokok ini, kecil dan kurus.


Sebulan kemudian, hujan pun dah mula turun. Saya terjumpa buah ini. Kecil lagi, tak layak dimakan.


Kemudian terjumpa lagi sebiji. Juga kecil tapi menjadi juga pokok tembikai kuning abah saya ini. Sebelum ini saya cuma dapat makan buahnya tanpa melihat pokoknya. Seronokkan tengok pokok yang kita tanam mengeluarkan hasil.


Pokok yang kecil dan kurus ini berjaya menghasilkan dua biji buah tembikai dan mungkin akan menghasilkan lebih banyak buah lagi.

Kalau bercerita mengenai tembikai saya teringatkan peristiwa adik saya bersama tembikai-tembikainya. Ceritanya begini, waktu kami sama-sama kecik dulu, di rumah kami ada tembikai yang banyak hasil daripada kebun tembikai yang telah ditinggalkan empunya setelah mendapat hasil tuaian yang sepatutnya.

Sebelum sedekahkan buah tembikai kepada jiran-jiran, mak saya selalunya tebuk sedikit kulit tembikai untuk memastikan tembikai yang disedekahkan itu elok. Adik saya yang terlebih bijak telah melihat perlakuan mak saya itu. 

Selepas itu secara senyap-senyap semua tembikai yang sepatutnya boleh disimpan lama ditebuk oleh adik saya dengan menggunakan pisau. Habis rosak semua tembikai tersebut. Apalagi, adik saya pun kena marah 'kaw-kaw' dengan mak saya. Sampai sekarang kenangan itu masih kami ceritakan bila sesekali berkumpul sambil makan tembikai.

Kepada adik saya, kalau terbaca entry ini jangan marah, bukan orang kenal pun...hehehe! Balik raya nanti kita makan semangka kuning yer.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

13 comments:

  1. As salam Rose,
    Saya pernah tnm tembikai kuning ni dalam kebun kecil saya. Alhamdulillah..ia berbuah biarpun tanpa penjagaan dan pembajaan yg sempurna. Tembikai kuning sifatnya tak sama dgn tembikai merah yg lbh mudah dijaga dan menjadi buahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Yer sy ada baca tentang tu di blog En Adry, ini rasanya kali kedua abah sy tanam pokok ni, sebelum ni dah merasa makan buahnya

      Delete
  2. salam rose, baru tahu semangka nama lain bg tembikai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sama-sama la kita kongsi ilmu yer tak

      Delete
  3. Salam..bestnya..tanam macam2 slalu beli kt psar, kalau tanam sendiri mesti terharu kan bila makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui tu, mmg best kalo dapat makan yang segar-segar dan petik sendiri

      Delete
  4. hehehe.. dia nak tengok isi dalam tu.. padahal org buat bila nak bagi org kan.. :) sama jugak penjual2 buah tu.. kadang2 di tebuk juga sblm jual.. tapi skrg ni dah payah jumpa penjual2 camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak beli tembikai...hehehe, sy pun dah tak atu camna diorang jual

      Delete
  5. Salam smRose,
    Buah tembikai adalah antara buah yang diberkati oleh Allah (maksud sabda Rasulullah) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya pun baru baca infonya semalam,banyak sangat khasiatnya. TQVM

      Delete
  6. Skrng saya pun ada tanam tembikai kuning. Ni duk google nk tahu macam mana n bila boleh petik buah tu.

    Baca kisah u. Ingt waktu saya kecil. Mungkin sklh rendah tahap 1. Nenek ada tanam tembikai. Kami cucu2 sebaya suka ke kebun n petik tembikai. Ketuk kat pokok tgk kebun. Bila pecah boleh la makan. Kadang2 tembikai yg d ambil x masak. Saya bg idea pada sepupu beli pisau lipat yg seposen waktu tu, n kami tebuk buah tembikai kat pokok.
    Hehe. Rupanya walau d tebuk begitu, buah tetap rosak. Bila d ingt balik, lucu pulak.

    ReplyDelete
  7. Mcm mana nk jaga buah dari kecil...asik xjadi da 3-4buah rosak....bg tips tembikai merah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ,saya ada tanam tembikai kuning, tapi dalam penanaman saya ni, saya x pernah trim vine dia, hanya siram pokok tu, beri baja dan letak racun serangga je.. .And 1 pokok tembikai saya tu ada 4 biji buah sama saiz.. .Adakah saya perlu buang buah2 tu... 1 vine 1 buah

    ReplyDelete