Monday, July 29, 2013

Petua Tanam Kelapa


Berkesempatan sekali lagi ke rumah lama mak abah saya. Saya lihat banyak buah kelapa bergelimpangan di bawah pokoknya.Malah ada yang dah bertunas.

Mak saya kata kalau nak tanam pokok kelapa tak boleh ambil yang sebarangan. Kalau pilih yang tunasnya tumbuh di pusat kelapa nanti pokoknya mudah menjadi sasaran panahan petir.


Macamana pula kalau nak kelapa berbuah banyak? Mak saya kata lagi (petua orang tua-tua yang agak kelakar), ikat tempurung kelapa secara berantai dan kalungkan pada pokok kelapa. Saya tengok mak saya tak buat macam tu pun, tetapi kelapanya tetap berbuah lebat.

Tapi yang saya selalu mak saya buat ialah letak garam kasar pada celahan pelepah kelapa untuk membunuh kumbang perosak pokok kelapa.

Rupa-rupanya tanpa saya sedari, mak saya menjadi pengedar anak pokok kelapa secara sambilan. Semua benih-benih kelapa yang disemainya telah di tempah oleh pelanggan. 

Tapi mak saya merungut juga, ada pelanggan yang ambil banyak anak pokok kelapa tapi sampai sekarang tak bayar.

9 comments:

  1. wah macam tu ke petuanya..hehehe, elok juga akak ikut petua pakaikan kalung tempurung untuk dapat banyak buah ni..agar orang tak berani curi, nanti dia ingat ada ilmu hitam kena simpan kat pokok tu, sedangkan maksudnya lainkan.hahaha ini kali lah, terimakasih Rose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...petua org tua-tua kak, sy tulih jer apa yg mak sy cakap...ekeke

      Delete
  2. Bagus la petua ni Rose. Pokok kelapa saya baru belajar nak berbuah, boleh la cari tempurung dan buat rantai letak kat pokok tu dan kena tabur garam juga kat pelepahnya.Terima kasih Rose. Share la lagi petua-petua mak Rose, seronok juga.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru-baru ni sempat balik dan sembang dengan mak, macam2 petua keluar...hehehe

      Delete
  3. Assalam smRose. Kagum dgn semangat ibu smRose itu. Di negeri mana ibu tinggal? Pak Temuk berasal daripada Bg Datoh, Perak, kawasan kelapa juga tu. Tapi, orang kampung kini sudah ramai yang menukar tanaman kepada kelapa sawit. Yang ambil benih kelapa tapi tak membayarnya memang spesis tanpa hati tanpa perut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Mak sy mmg duk kat Perak tapi jauh gak drp Bagan Datoh, pasal org yang tak bayar tu sy suruh mak saya anggap sbg sedekah jer lah...hehehe

      Delete
  4. wah petua nie cam mencabar sikit nak ikut..actually malas yg byk..:)

    ReplyDelete
  5. Benar teman2..semasa menyewa rumah di tmn Desa seri Mas di Kuala Nerang,ada sepokok pokok kelapa yg tidak Berbuah,kemudian saya tanpa Sya sedari saya telah meletak sedikit Baja Garam yg Sya bwk diri kampong di pohon pokok kelapa tersebut,selepas itu saya dapati pokok kelapa tersebut telah Berbuah lebat.

    ReplyDelete