Friday, August 16, 2013

Punica Raya


Masa balik beraya minggu lalu, saya tinggalkan pokok delima saya dengan tiga biji buah yang hampir matang. Bila balik dari beraya cuma tinggal dua. Mungkin buahnya sudah gugur ke tanah.

Saya pun mencari di antara celahan pasu yang saya letakkan di bawah pokok delima, masih tidak berjumpa. Tak mahu bersangka buruk (cucu jiran jolok buah macam selalu), saya terus mencari. Akhirnya saya jumpa juga  buah delima saya. Setakat hari ini, inilah buah delima terbesar yang dapat saya tuai daripada pokok delima saya nan sebatang.


Gambar di atas adalah untuk menunjukkan saiz sebenar buah delima saya. Agaknya kalau beli dekat pasaraya (bukan pasar malam), mungkin harganya sekitar RM5.99.

2 comments:

  1. Buah delima suami tanam selalu jadi mangsa budak kerja alam flora masa lalu ada sekali bila lori sampah dah lepas tengok2 dah tak ada magic betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kecewa kan bila tgk buah delima yg ditunggu-tunggu hilang

      Delete