Thursday, August 15, 2013

Tuaian Khamis Si Kangkung


Pokok kangkung ini dah lama saya tanam, bila nak masak saya potong sahaja sebahagian batangnya. sebahagian lagi saya biarkan ia tumbuh semula dan menghasilkan pucuk-pucuk baru.

Kebelakangan ini pokok kangkung ini dah pandai memanjat semua pasu gantung yang berdekatan dengannya, malahan pokok delima saya pun di panjatnya. Salah satu sulurnya dah memanjat jauh sehingga sampai ke bahagian sengkuap di hadapan rumah saya. 

Daripada terbiar merosakkan pemandangan di hari raya maka lebih baiklah saya tuai dan gunakannya dalam masakan.


Apa yang saya masak? Tentulah makanan paling ringkas dan mudah iaitu nasi goreng. Nasi goreng ikan masin yang saya terlupa nak letak cili.

Ada kawan opis saya cerita jirannya di kampung kaya dan banyak duit simpanan sebab hari-hari keluarganya cuma makan nasi goreng. Tak perlu masak lauk, sayur dan sebagainya, jimat. Satu hidangan yang sama untuk satu keluarga.

Jadi kalau kita nak banyak duit simpanan dan kaya, silalah hari-hari makan nasi goreng, kalau boleh nasi goreng ikan bilis kosong, boleh pergi Mekah balik hari.

8 comments:

  1. Saya pun ada tanam kangkung, nak buat macam Rose, potong batangnya je. Tak payah tanam banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni sy ada tanam kangkung batch baru, dlm pasu kecik2, nak m'nambahkan stok, bole buat kangkung goreng belacan

      Delete
  2. AsSalam Rose,
    Seronok cerita pasal org kaya sebab mkn nasi goreng hari-hari, tapi sy ni jenis pandai guna duit. Agaknya sebab tu tak kaya kot. Duit belum masuk dah ada plan itu ini...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      hehehe, semua org pompuan pandai guna duit terutamanya waktu shopping, termasuklah saya sendiri

      Delete
  3. heheheh
    ada org kaya mkn nasi goreng hari2, ada pulak makan nasi dgn telur goreng harai2... saya pulak nak cept jadi jutawanan apa petuanya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak jd jutawan kene simpan duit sejuta sehari...hehehe, lawak jer, sy pun tak tau sbb bkn jutawan dan tak kenal secara rapat dgn mana2 jutawan...hehehe

      Delete
  4. kangkung pun sedap .Nasi goreng menu utk.jadi kaya, nak ikut lah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita makan nasi goreng reramai! Hehehe, dan jd kaya reramai jugak, bila dah jadi kaya sedekah duit bebanyak kat anak yatim

      Delete