Thursday, September 26, 2013

Gajet Kegemaran Saya

 Saya gemarkan gajet ini lebih daripada GAJET yang sebelum ini. Yang ini lebih tegap lagi praktikal untuk kawasan rumah saya. Harganya hampir sama dengan gajet yang terdahulu tetapi ruang penanamannya lebih dan boleh dipelbagaikan kedudukannya.


Lagipun saya ada banyak pasu murah dari Daiso ini dan gajet inilah yang paling sesuai dengan pasu sebegini. Minta maaflah dengan keadaan pasu dan dinding yang comot, itu semua kesan tanah daripada pasu yang saya siram hari-hari.

Dalam pasu ini saya tanam sayur sawi dan saya bercadang nak letak satu lagi pasu pada pintu pagar rumah saya. Saya nak tanam bunga ros jepun sebab di situ dapat cahaya matahari yang penuh. Satu lagi pasu pula saya nak tanam pokok bunga telang.

Ada sikit pemberitahuan kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran kawasan saya dan juga rakan-rakan seopis yang ada menempah pokok tenggek burung silalah ke booth saya di Marine Open Day 2013. Stok tenggek burung ada sikit sahaja, siapa cepat dia dapat.
Minta maaflah kepada rakan-rakan di alam maya yang teringinkan anak pokok tenggek burung, kena tunggu batch seterusnya la pula ya, sebab kawan-kawan alam nyata dah lama tempah sebelum saya keluarkan entry berkaitan anak tenggek burung.

8 comments:

  1. nanti nak cari jugak lah gajet ni..nampak kukuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kukuh, saya letak tananh yang berat pun dia steady aje

      Delete
  2. Salam,Rose.....Smlm saya dok usha jgk dekat Mr.DIY gajet lbh krg mcm ni....tapi yg untuk pasu sebijik2 punya...dok angkat ltk, angkat letak...tp tak ambik pon...arini rasa mcm nak pi borong plak..boleh buat vertical garden kat dinding kan... hehehe...sabo je la....bila berkebun duit abeh beli pokok & pasu etc je.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,
      berapa harganya, kalau berbaloi boleh serbui Mr DIY plak, yang ni mahal sikit

      Delete
    2. Sori Rose baru baca ur reply....yg kat DIY tu dia boleh letak pasu biasa yg kecik tu je....dlm 5-7 ringgit kot kalau tak silap saya.....ada 2 saiz...tp saya end up beli yg kat daiso...lagi murah hehehe

      Delete
  3. Salam Rose,

    Ada rupanya gajet seperti ni yang terjual! Ingatkan nak kena tempah kat kedai besi baru dapat! Gajet Rose yang lagi satu tu pun best jugak! Kalau terjumpa mahu juga Mak Aji angkut ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      hehehe...Mak aji nak tempah yer kat kedai besi., sy selalu perhatikan gajet baru yg ada jual kat nursery tu, kalau menarik jer rasanya mesti sy nak beli

      Delete