Tuesday, October 8, 2013

Lawatan Kejuruteraan


Minta maaflah, hari ini lambat sikit bersiaran. Semalam kena bekerja di luar kawasan lagi. Nasib baik pemandangan sekitar cantik, terubat sikit badan yang letih.


Kalau tengok gambar ini, agak-agak tahu tak saya pergi mana?


Ini pemandangan daripada tingkat empat opis yang dilawati. Cantik kan, kalaulah saya yang bekerja dekat sini mesti saya rajin datang kerja, buat kerja belum tentu rajin lagi.



Inilah tempat tersebut. Sila baca sendiri ya.


Kalau nak tahu dekat mana? Baca tulisan itu ya. Taman yang sangat terkenal sejak dahulu lagi, pernah masuk filem lagi. Suasana di sini sentiasa lembab, maklumlah kawasan yang menerima hujan paling banyak di Malaysia. Teringin saya nak beli rumah dekat sini. Bila dah pencen nanti boleh buka nurseri.

Saya angan-angan sambil melawat opis orang lain. Lagipun angan-angan percuma, berangan-anganlah selagi boleh.

10 comments:

  1. cantiknya tasik taiping nie..sy pun teringin jgk.:)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Rose.
    cantiklah taman tasik ni..siap ada pulau2 buatan lagi.Kalau dapat beli tanah di kawasan ni, memanglah sangat bertuah kan.Untung Rose dapat jalan2 sambil bertugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Puteri,
      Lain kali akak ke Semenanjung boleh la singgah Taman Tasik Taiping, nyaman jer udaranya

      Delete
  3. Salam Rose,

    Selamat datang ke kampung teman tu, idea yg baik tu, pencen nanti balik duduk Taiping la...D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saodah,

      oooo...ni kg dia yer, boleh la nanti kita duk rumah dekat2 bila pencen nanti...hahahaha...angan2 lagi

      Delete
  4. rose...yeay pada diri sendiri..sebab sy teka betul taiping..memang cantik....pernah 2 kali datang sini...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah Nadia, terrer la, sy pun baru 3 kali jer kot dtg sini

      Delete
  5. tasik taiping...kampung halaman suami ku..hheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betuah org yg kg nya kat Taiping kan, sejuk aje

      Delete