Thursday, October 17, 2013

Mengenali Mesra Pokok dan Buah Pisang Bahagian Dua

Bercuti lama sikit sempena Hari Raya Haji kali ini, jadi entri baru pun ikut bercuti sekali dengan tuannya.

Selepas cuti ini kenalah kita berkenalan mesra lagi dengan pokok dan buah pisang untuk persediaan raya tahun hadapan, malah tahu kot-kot nak buat kerepek pisang raya.


 Kata Abah saya nama pisang ini adalah pisang kelat air, tapi tak tahulah namanya mungkin berbeza dekat tempat lain.

 Ini pula adalah rumpun pisang kelat air yang ada di kebun abah saya. Pisang ini boleh dimakan mentah atau boleh juga di buat cekodok.

 Ini pula adalah pisang awak, bukan awak yang membaca ini yang punya tetapi orang yang menanamnya iaitu abah saya yang punya.

Ini pula adalah rupa pokok pisang awak. Pisang awak lebih sesuai dibuat goreng daripada dimakan mentah. tapi kalau nak makan juga tak akan menimbulkan masalah malah membantu proses perkumuhan agar menjadi lancar.

Selain daripada itu, daun pisang awak juga sangat berguna untuk membungkus kuih contohnya lepat, kuih koci dan kuih tepung bungkus. Daun pisang lain dikatakan kurang sesuai digunakan  kerana akan mempengaruhi warna dan rupa kuih yang bakal dibungkus dengannya.

10 comments:

  1. Byk jenis pisang ya..yg sya kenal..pisang emas dgn pisang tanduk je selalunya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baaaanyak sangat jenis pisang yang ada, jom kita kenal sama-sama.

      Delete
  2. Dulu kat kebun banyak tanam pisang awak.. sekali kene penyakit semua mati.. berjangkit dari satu rumpun ke rumpun lain.. sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mesti penyakit reput hitam yg glamer suatu ketika dulu...hehehe, agak-agak jer

      Delete
  3. Pisang awak ni sedap di goreng dapat yg baru nak masak ada hijau2 dan sedikit kuning tu ada manis2 kelat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo camtu, kalo rebus pun ok kot, makan dengan kelapa + gula + garam

      Delete
  4. Salam Rose,

    Di Kelantan pun orang sebut nama yang sama, kelat air. Kelakar pasal pisang awak tu, he he!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      Tak sangka sama pulak namanya, selalunya berbeza kan....hehehe

      Delete
  5. Bole sy tahu, masih ada lagi ke pokok pisang ni dkt umah awak?

    ReplyDelete