Friday, October 18, 2013

Okinawan Spinach - Gynura Crepioides - Cholesterol Spinach

 Ini pokok sambung nyawa ungu yang Abah saya tanam di kebunnya. Buruk sikit rupanya sebab terkena air tanah sewaktu hujan. Walaupun rupanya buruk tetapi khasiatnya tinggi.
Saya pun ada tanam pokok ini dan bercadang nak semai banyak-banyak dan kemudian jual kepada kawan-kawan.



Abah saya tanam pokok ini di atas tanah tetapi saya tanam dalam pasu. Daun dan pucuk Okinawan Spinach ini boleh dibuat ulam, salad atau pun dimasak. Kalau nak buat jus pun boleh.


Khasiatnya telah lama diketahui di negara luar terutamanya untuk menurunkan kadar kolestrol dan juga membantu mencegah kanser.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

8 comments:

  1. Kalau dah ada pokok sambung nyawa yg nak dijual, saya book satu ye!

    ReplyDelete
  2. tinggi betul khasiat pokok ni.. boleh jugak kalau dah buat jual nanti.. :) nak gak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sy baru jer semai jap tadi, harap2 menjadi

      Delete
  3. rose pokok ni batang nya berduri kan...dan ada buah/bunga color kuning/oren...betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan yg tu, tu pokok jarum tujuh bilah, yg ni tak berduri dan batangnya agak lembut

      Delete
  4. Okinawan spinach ni memang banyak khasiat. Dekat Hawaii semakin popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu, ada gak terbaca pasal kt Hawaii tu

      Delete