Monday, October 21, 2013

Tuaian Isnin - Mempelam


Banyak tak? Ini baru satu pokok punya hasil, itupun baru 1/8 diturunkan buahnya. Ada banyak lagi atas pokok. Yang ini cuma diambil dengan tangan, maknanya petik yang rendah sahaja. Yang tinggi tak sempat ambil lagi.



Terdapat tiga pokok mempelam yang berbuah lebat di rumah mak abah saya. Dua pokok di rumah lama dan sepokok di kebun abah saya. 

Cuti Hari Raya Haji baru-baru ini saya sibuk dengan projek mengupas buah mempelam di bawah teduhan pokok-pokok kelapa mak saya.

Abah saya buatkan pangkin (tempat duduk) di dalam kebun kelapa. Kami duduk beramai-ramai dan kayu pangkin patah, kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan pada cuti kali ini, penuh dengan gelak-ketawa.


Walaupun buahnya agak lebat tetapi saiznya lebih kecil dari musim-musim sebelumnya. Rupa-rupanya ada banyak makhluk-makhluk kecil berprotien tinggi yang telah disuntik dan membesar di dalam buah mempelam ini.


***********************************************************************

Nak beli biji benih tanaman? Sila ke Jualan Semua Menjadi

14 comments:

  1. banyak nyer...buat jeruk jeruk sedap ni...pack n jual, tentu laris...pelam jenis ni mmg sedap bila dijeruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak, samapi lenguh2 jari mengupasnya

      Delete
  2. wah banyaknya Rose.. kalau tak mau doctor tu menyuntik buah kita lain kali jangan buat sambal belacan dan resipi seangkatan dengannya ... petua orang dulu dulu.. mangga depan rumah ni Alhamdulillah so far so good... tak payah jumpa doctor he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...petua tu mmg mak sy selalu dah cakap, mmg tak de buat sambal belacan tp coleknya ada campur belacan

      Delete
  3. Salam Rose,

    Alhamdulillah murah rezeki. Punyalah banyaknya hasil! Itu pun baru sikit ya. Jenis apa ni Rose?? Mak Aji dah terbayang dah jeruk mangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak AJI,
      Entah la jenis mempelam apa, nak kata mempelam telur pun tidak sbb dia beso skit.

      Delete
  4. Replies
    1. boleh, mmg boleh, jeruk Kak Rose...haahaha, nak lawan jeruk Pak Ali

      Delete
  5. terliur tgk mempelam tu.....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. As salam, sedap mempelam jenis ni bila dibuat jeruk..

    ReplyDelete
  7. You are so fortunate to be able to grow these delicious fruits. We grow lemons, figs and persimmons, but I think we're too cold for mangoes here in Northern California.

    ReplyDelete
  8. Beautiful mangoes. I only dream of tropical harvests like that.

    ReplyDelete