Tuesday, October 22, 2013

Rangup lagi Menyelerakan


Semalam saya tunjukkan tuaian buah mempelam, hari ini pun nak tunjuk lagi. Tapi yang ini buahnya sudah separa masak. Buahnya diambil dari kebun abah saya. Pokoknya penuh dihuni oleh kawanan kerengga, jadi buah bebas makhluk perosak didalam isinya. Tapi sewaktu menjoloknya habis seluruh badan kena gigit dengan kerengga. Abah saya tak turunkan kesemua buahnya sebab sudah tak tahan dengan gigitan kerengga.


Apa yang saya buat dengan mempelam ini. seperti yang ramai kawan-kawan dah duga memang saya nak buat jeruk dengan mempelam ini. Mula-mula saya buang semua kulitnya.


Selepas itu, saya potong isinya dan asingkan daripada bijinya yang berserat. Tengoklah isinya itu yang dah separa kuning yang menunjukkan buahnya hampir nak masak.

Kemudian saya rendamkan isi tersebut dengan air garam selama dua hari semalam. Adik saya masakkan air gula dan biarkan ia sejuk.

Saya basuh isi mempelam dengan air biasa dan tuskannya. Selepas itu masukkan ke dalam botol dan curahkan air gula dan biarkan semalaman.


Tadaaaa! Dah siap pun jeruk Kak Rose (hajat di hati nak lawan jeruk Pak Ali). Resepi jeruk ini saya sesuka hati cipta sendiri. Tak sangkalah pula menjadi. Rasanya manis, masam dan masin.

Meleleh air liur saya waktu menaip entri ini, teringat-ingat kerangupan dan kelazatan jeruk Kak Rose ini. 

Sebenarnya saya menaip sambil mengunyah jeruk mempelam buatan sendiri yang bebas dari ubat penahan mahupun bahan perisa tiruan.

Mak saya sendiri pun tak percaya yang jeruk buatan saya ini menjadi. Takut-takut mak saya nak makan, lepas itu bila dia makan katanya tak ada rasa ubat macam jeruk yang dibeli. Saya pula kata memanglah macam itu sebab ramuannya cuma garam dan gula sahaja.

Selepas percubaan yang pertama tadi menjadi, saya pun pergi menuai lagi mempelam yang ada di pokok-pokok lain, dan hasilnya dalam peti ais saya sekarang ini ada tiga balang jeruk mempelam yang rangup lagi menyelerakan.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?


 

16 comments:

  1. memang telioqqq aihhh........my feberet di kala mengandung dan tidak...feberet sepanjang masa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teliur kena buat ker beli la lepas ni...hehehe

      Delete
  2. aishhh...jeruk pelam jgk jdnya.heheh..sy dah kureng sikit dah masam2 nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la tak tau nak buat apa dah dgn mempelam ni, tapi pernah makan masak lemak daging campur mempelam muda kat satu jamuan, sedap giler

      Delete
  3. Meleleh air liur baca entri nie... sedapnyer... Nasib baik tak mengandung.. kalau tak, habis la rumah akak saya serbu.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. kecur liur saya rose...haih hmmmm...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya ni, kene suh sesapa belikan la ni...hehehe

      Delete
  5. Saya x berapa makan masam tapi kecur jugaj di buat ni.. citer pasal kerengga ni takot gak lah saya sebab kecik2 dulu kalau kena gigit meraung gak ler.. lepas tu kalau kena mata kencing kerengga .. aduhhhhhhh sakit wooooooo.. fobia gak dengan sang kerengga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun takut dgn menda masam2 ni tp yg ni tak masam dah, sedap jer...hehehe

      Delete
  6. Sambil membaca ni dah kembang2 pipi di buatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...balik keje ni kena singgah kedai nampaknya la yer, carik jeruk pelam.

      Delete
  7. assalammualaikum Rose.
    sambil baca sambil telan airliur.Rose tanya kat emak kenapa asal cerita pasal mangga jeruk air liur mencair..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Kak Puteri,
      saya yg baca balik pun telan air liur gak, tak sabar nak balik keje dan makan jeruk lagi...hehehe

      Delete
  8. Uuuu.. sedap mata memandang sedap lagi org yg makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang sedap sangat...hehehe, saja nak buat org lain terliur

      Delete