Wednesday, October 23, 2013

Sawi Fair Lady Extra Dwarf


Lama dah rasanya saya beli biji benih ini daripada Blog Tanam Sendiri, cuma baru-baru ini sahaja saya berkesempatan menyemainya.


Saya semai dalam pasu plastik dan letakkan pasu tersebut pada dinding dengan mengguna kan gajet yang saya ceritakan di SINI.


Setakat ini nampaknya tanaman sawi subur dan siput pun susah rasanya nak panjat dinding untuk makan sawi ini.

Seperti namanya memanglah sawi ini sangat kerdil. Saya pernah makan sayur ini yang dibeli, rasanya sedap berbanding sawi biasa.


Senang nak jaga sayuran yang ditanam dengan cara ini. Nak sembur baja pun mudah, tak payah nak menunduk sampai sakit pinggang. Banyak saya beli gajet yang satu ini, macam-macam cara saya gunakannya. Bukan setakat untuk letak pasu tanaman sahaja, ada juga yang saya gunakan sebagai tempat simpanan peralatan berkebun.

************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

14 comments:

  1. Makan sayur bebas racun...teringin nak tanam2 tapi semangat tu cepat je pudar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kuatkan semangat itu dengan merasa jeles melihat tanaman kawan-kawan...hehehe (macam tu la yang sy buat untuk tambahkan semangat bekebun)

      Delete
  2. sy pun suka dengan sawi ni..sedap...betul gak kan kalu tanam sangkut tempat tinggi sikit mesti siput lenguh nak panjat...aritu tanam..duk sedekah pada puak siput je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kata nadia, mesti siput mati dipertengahan pendakian sebab letih sgt...hehehe

      Delete
  3. suka gajet tuh....:) saya pon ada semai sawi extra dwarf ni....tak sabar nak petik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jgn lupa la share gambar gajet yg beli kat DIY tu, sharing is caring...hehehe (sebenarnya teringin nak beli jugak)

      Delete
  4. brilliant idea lah smrose! double thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih, tersengih saya sensorang bila baca komen dr kawan-kawan blogger (kembang!)

      Delete
  5. Rose, bekas tanaman yg panjang tu berapa harganya? Murah ke dari jenama Baba?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sali, yang tu saya beli dr Daiso RM5 jer, tapi kalo yg jenama BABA dekat-dekat RM20 jugak harganya.

      Delete
    2. Thanks for the info. Confirmed cheaper than Baba's. Nak kena pi cari di satu2nya Daiso outlet di PP iaitu di Queensbay.

      Delete
    3. malangnya, kat tganu xde daiso.. huhuhu

      Delete
  6. Salam Rose,

    Mak Aji dok jenguk jugak gajet ni semasa ke nurseri hari minggu tu tapi takdelah macam ni. Masih mencari ni. Ini verticallah ni Rose!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      oooo...camtu, saya main beli jer Mak Aji, bukannya tau sangat. Tapi yang ini mmg berbaloi-baloilah beli

      Delete