Thursday, October 24, 2013

Keratan Batang Ros Jepun Pos Malaysia


Kadang-kadang semak juga mata melihat pokok ros jepun yang saya tanam dihadapan rumah. Pokoknya sudah berjurai-jurai panjang dan memenuhi keliling pasu sehinggakan tak nampak sudah rupa pasu yang asal.

 Ada kawan yang kata nak keratan ros jepun, bila disuruh datang ke rumah, tak rajin pula. Akhirnya saya ambil keputusan untuk jual sahaja.


Saya pek dalam plastik dan hantar guna perkhidmatan pos laju.


Keratan ros jepun nampaknya telah pun sampai dengan selamat kepada pembeli-pembelinya. Tapi saya agak kesal dengan perkhidmatan pos laju yang dengan sesuka hati kata pelanggan bagi arahan hantar lewatlah, macam kes yang ini: '17-Oct-2013 18:14:00 Unable to deliver the item due to addressee requested later delivery'. Sedangkan penerimanya tak ada pun bagi arahan sebegitu.

Selain daripada itu ada dua orang pelanggan yang masih tak terima pesanan walaupun dalam rekod kata dah sampai. Kechiwa saya. Pekara-pekara macam ini dapat menjejaskan reputasi saya sebagai seorang peniaga yang berjaya (perasan sikit, walhal peniaga ciput.... hehehe). 

Saya tak suka dianggap sebagai penipu oleh pelanggan-pelanggan saya(macamlah ramai sangat pelanggan). Lainlah kalau pesanan tersebut 'rejected' ke, itu saya tak lah kisah sangat sebab salah saya. 

Walaupun saya sudah banyak membaca fasal peniaga online yang menerima nasib yang sama dan jualan mereka yang hilang  harganya mencapai ratus dan ribu, saya tetap tak puas hati.

Harap-harapnya adalah staf Pos Malaysia yang membaca luahan hati saya yang kechiwa ini. Mohonlah perbaiki perkhidmatan anda dan kita juga yang bakal mendapat faedah bersama. 

Minta maaflah kepada rakan-rakan yang terpaksa membaca luahan hati saya hari ini. Harap-harapnya yang masih tak terima pesanan dapatlah bersabar dan jangan berduka, kalau tak dapat juga, silalah beritahu saya, akan saya usahakan sesuatu untuk kebaikan kita bersama.

************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

18 comments:

  1. 2X kena kes mcm ni, keratan pokok lmbt terima...kena pi ambik kt pej pos...keratan dah layu... failed! kalau seeds tk pa la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dah rugi, tapi kalau lihat dr trend, kawasan tertentu shj hadapi masalah camtu...kechiwa kan bila jd camtu

      Delete
  2. Itulah kan kak! Kadang2 bukan salah kita.. kita deliver ontime.. tapi pihak penghantar pulak buat hal.. Dah diluar kawalan kita.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btui, btui tu, susah hati penjual kan, nak marah siapa pun tak tau

      Delete
  3. Bila ada pekerja yg tak amanah beginilah jadinya. Saya pun pernah pos barang seminggu baru sampai Kajang ke Nilai je pun...sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kalau lambat camtu, baik hantar naik bas jer

      Delete
  4. kurang efisien tuh..keratan camni kena sampai ontime takut rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baiklah yang ini pembelinya kata masih ok, lega sy

      Delete
  5. yup depend pada kawasan dan attitude posmen...yg sy amati posmen pos laju ni ada yg jenis..tekan hon sekali dua..tengok tuan umah tak kuar terus balik...padahal..kita ni tengah nak cari kain tudung..nak buka pintu...lambat la sikit..alih2 dah dia dh pergi...sekarang nak biar jer pintu terbuka bahaya...nanti ada jer yang tak diundang datang...hmm tapi ada posmen yang bagus...hon2 banyak kali..tunggu sekejap...tak pun yang lagi bagus..siap call..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai btul sangat apa yg nadia taip tu, kita baru la nak sarung itu ini, dia dah hilang, ini pun bole bikin kechiwa tau, lg2 pulak kalo ada jiran yang 'baik ati', bole dikatanya kita tak de kat rumah sedangkan dia Nampak jer kita masuk rumah baru sat jer (jiran sy la tu, ati busuk...hehehe)

      Delete
  6. Salam,Rose.....pos malaysia mmg banyak masalah....ada kwn opis saya tmpt dia posmen lgsg tanak datang.....dah byk kali komplen tapi tak jalan jgk.....skali komplen kat boss dorang, skali dia hantar surat sebemban yg bulan2 lepas punya pon banyak baru hantar....yg bestnya tmpt kawan saya ni still dlm bandar, bukan pedalaman....sampaikan most of dia nya jiran semua guna p.o box.....posmen ni mcm pilih2 tempat mana dia nak pegi......tak amanah sungguh kerja...tak mcm posmen zaman dulu....walaupun naik basikal je, tapi surat tetap depa hantar.....saya plak yg geram! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      itu la dianya, gaji nak tapi keje tanak buat

      Delete
  7. Salam Rose,

    Punyalah banyaknya ros Jepun ni, Mak Ai punya xdelah subur macam ni. Ini kalau posmen buat hal alamat busuklah dia dalam plastik ni! Setakat ni kat kawasan rumah Mak Aji budak Poslaju tu ok, takde masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      Entahlah Mak Aji dah rezeki agaknya, tak berjaga pun, tapi menjadi-jadi pokoknya, kenkadang sampai naik menyampah....hehehehe

      Delete
  8. bila masa kak rose jadi penjual pokok ni? outdated dah saya ni. Poslaju mmg macam tu, berlapang dada sajalah. Pernah jugak geram...saya call contact center.....suruh tukar nama PosLaju jadi PosSlow hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tetiba jer, sama macam tiba-tiba mempunyai hobi bertani

      Delete
  9. Berapa keratan batng ros jepun.dn ada warna APA..ada jual pokok petunia tak :)

    ReplyDelete
  10. Macamana nk order bunga ros jepun ni ,,rumah saya takde tanaman bunga yang cantik itu..whatsap 01119462584

    ReplyDelete