Friday, October 25, 2013

Ubat Bisul Percuma Paling Mujarab

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Kenal tak daun apa ini? Kalau tak kenal rugi, bentuknya mungkin berbeza-beza tapi khasiatnya sebagai penyembuh bisul memang telah terbukti.

Inilah daun ubi keledek, bukan sahaja boleh dibuat sayur malah ada kegunaan lain yang mungkin sesetengah daripada kita tak tahu. 

Saya sendiri telah menggunakannya, bisul sembuh selepas semalaman penggunaannya. Tapi bisul biasalah, bukan bisul yang berkaitan dengan diabetes atau penyakit-penyakit lain.

Macamana penggunaannya? Senang sangat, ambil daun keledek, gentelkan pada tapak tangan sehingga keluar air dan tampalkan pasa bisul. Biarkan semalaman, dan esoknya bisul hilang tanpa dapat dikesan lagi.

Tapi ada syaratnya, seeloknya letak daun keledek ini pada bisul yang baru menjadi. Kalau dah melarat sampai nak pecah rasanya lebih baik jumpa doktor dan buat pembedahan (kecil) sahaja.

Mungkin ada yang bertanya macamana nak kekalkan kedudukan daun keledek pada bisul, guna plaster luka dan letakkan gentelan daun keledek ditengah-tengah plaster dan lekatkan pada bisul. 

Kalau darurat sangat plaster pun tak ada, guna sahajalah selotep yang ada dekat rumah  itulah pun yang pernah saya buat sebelum ini.


Pokok ubi keledek dekat rumah saya dah berleluasa pertumbuhannya, semua pokok berdekatan dipanjatnya.

Tapi tak apalah, kalau perlu penawar bisul ambil sahaja dihadapan rumah, tak payah nak pergi farmasi ke, klinik ke, buang masa, duit dan tenaga.



Nota ingatan: Petua ini hanya saranan saya sahaja, kalau tuan/puan guna tak menjadi saya tak bertanggungjawab yer, semuanya yang saya cerita cuma berdasarkan pengalaman saya sahaja tanpa ada penyelidikan terperinci dan mendalam tentang pekara yang diperkatakan.



************************************************************************
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36
Nak beli benih tanaman secara online?

14 comments:

  1. Pokok2 tanaman kat Malaysia ni kaya dengan khasiat. Sebagai pencegahan apa salahnya kita mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui tu, bila dah cuba dan berkesan kita kongsi dengan kawan2 supaya dapat manafaat bersama

      Delete
  2. baru tahu, daun keledek blh jadi ubat bisul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega rasanya bila ada org tak tau, tak ler kita ni share petua basi kan....hehehe

      Delete
  3. kalau bisul boleh sembuh, agaknya kalau tepel kat jerawat batu yg.selalu menganggu hujung2 bulan tu, boleh agak nye ya Rose?..hihihi. Terimakasih dik, berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm....tak pernah cuba lagi la Kak, idea yang baik tu...hehehe, nak cuba la nanti

      Delete
  4. Oooo... zaman uncle tepek nila je... keh keh keh

    ReplyDelete
  5. dekat pinggang saya baru saja keluar bisul, sakitnya berdenyut2 , nak duduk pun x senang.. sakit pulak hati kite :<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah guna daun keledek ni. Sy dah guna byk kali. Mmg berkesan.

      Delete
  6. tak kisah, asalkan daun ubi keledek. memang mujarab sangat

    ReplyDelete