Thursday, November 7, 2013

Bayam Hidroponik


Sudah lama saya tinggalkan set hidroponik saya ini. Sekali sahaja saya guna untuk tanam pokok sayur kailan dan salad yang pernah saya ceritakan di SINI

Nasib baik penutup set ini diperbuat daripada polisterin, kalau dibuat daripada keluli tentu dah berkarat. Jadi abaikanlah kekotoran yang kelihatan dalam gambar ini. yang penting set ini masih berfungsi dan tak bocor.



Ada lapan lubang semuanya dan saya taburkan benih bayam pada setiap lubang. Sepatutnya saya kena buangkan pokok bayam yang berlebihan dalam setiap lubang dan tinggal 2 atau tiga pokok sahaja untuk membesar.



Lubang ini punyai paling banyak anak pokok bayam, belum saya jarangkan lagi. Entahkan jadi entahkan tidak tanaman hidroponik saya kali ini. Kita tunggu dan lihat sahajalah perkembangannya nanti.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

21 comments:

  1. dulu2 mmg popularkan tanam dlm bekas hidroponik niekan..saya juga dulu ade satu set..tapi dah x ingat kat man perginye..hehehe..sempat juga la tanam dlm bekas hidroponik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui tu, sy pun teringin sgt nak tanam ngan cara ni, tu yg saya beli tu

      Delete
  2. teringin gak nak tanam cara ni...tapi terbantut niat...costly jugak nak beli peralatan nya...nanti ada rezki boleh try cara hidroponik ni...:D

    ReplyDelete
  3. Susah nak cari set hidroponik ni skarang, yg penting air baja tu kan.. kalo buat sendiri pakai besen + polistrin pun mungkin boleh..

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaaaaaa..saya pernah terbaca ada gardener yg buat sdri set hidroponik ni guna polisterin base mcm yg Pedas&Manis ckp tu.... cup pon guna polisterin cup jgk.....then dia letak dlm kolam ikan....jadi la aquaponic.....semoga menjadi pokok2 yg dah disemai ni.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aquaponic pun mmg sy minat sgt malangnya kawasan rumah tak cukup nak merealisasikannya

      Delete
  5. Salam Ros,

    Pengalaman saya sendiri, pernah cuba guna set ni tapi pokoknya tak sesubur tanam di atas tanah,mungkin saya tak guna cara yang betul kut. Apa-apa pun taniah Ros kerana rajin mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saodah,
      yang sy tanam pulak lambat sikit perkembangannya berbanding tanam kat tanah

      Delete
  6. Nnati bolehlah kita tengok hasilnya, paling penting penjagaan pokok2 tu jadi kalau penjagaan betul dan bagus tentu hasilnya pun baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo tanam secara hidroponik sepetutnya pokok tak perlu penjagaan, konsep dia 3T, tanam, tinggal dan tuai. mmg terbukti dengan penanaman kalian yg sy buat sebelum ni

      Delete
  7. Salam Rose,

    Mak Aji pun pernah beli set ni dulu, dulu sangat2 hinggakan entah ke mana perginya set tu. Apapun semoga berjaya percubaan ini, Mak Aji tunggu perkembangannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      dah jual kat kedai recycle kot...hehehe

      Delete
  8. Salam Rose
    Dah lama teringin nak cuba hidroponik. tapi tak tau kat mana nak beli set ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      sy pun tak tau nak bli kat mana dah, yg ni pun bli 2-3 tahun lepas...hehehe

      Delete
  9. Udah pernah liat kebunnya belum di cijeruk,bogor?? itu keren n indah banget brooo, ga cuman cara hidroponik aja yang diterapin buat tanaman disana.... Mungkin kalo dikembangin lagi, Indonesia bisa jadi negara

    ReplyDelete
  10. Salam, saya pun berminat dengan hidroponik ni. Dulu mak dan ayah saya tanam di rumah sampai 20 bekas. Tiap hari ada orang datang beli sayur depan rumah. Sekarang boleh jumpa lagi . Boleh beli di mana-mana ACE Hardware dan Agri4me http://agri4me.formeniaga.net/index.html. Harga sekitar RM40-45 satu set siap ada benang, baja dan benih. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  11. mana nak beli ye area2 cheras/ampang?

    ReplyDelete
  12. saya berminat gak,sesiapa tau tak berapa lama masa yg diambil dari pemulaan menanam sehingga ia boleh di tuai

    ReplyDelete