Thursday, November 28, 2013

Bunga Terapung

 Bunga ini saya jumpa di nurseri kegemaran, saiznya hampir sebesar pinggan.

 Kalau diambil gambar dari pandangan atas, kelihatannya bunga ini seperti terapung kerana tak ada sehelai daun pun kelihatan dibawahnya.

Sebenarnya ada batang dan daunnya cuma kecil berbanding bunganya. Ada seorang pelanggan lain yang sibuk memberi penerangan pada saya, katanya isterinya pernah beli pokok macam ini dan pokoknya hanya tahan seminggu. Maknanya pokok ini hanya untuk hiasan sahajalah, tak sesuai dijadikan penghias taman untuk jangkamasa panjang.

Tapi apapun pada saya bunga ini memang cantik dan menyerlah sekali. Cuma tak wangi sahaja.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

8 comments:

  1. woo... besarnye... dekat nurseri diorang bagi cukup makan baja. bila kita bawa balik kita tak bagi makanan yg same untuk pokok2 ni.. tu yg pokok ni merajuk - xsubur dan ada yg mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teori yg saya setuju, lgpun pokok ni dr CH, mana tahan cuaca Tanah rendah

      Delete
  2. humang aih...besarnye....sayang la bunga besar tapi tak tahan lama. mcm tak berbaloi je beli kalo hidup x lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau dah terpikat, beli jugak, baru puas hati...hehehe

      Delete
  3. Nampak macam bunga raya tetapi permukaan dia tu nampak gebu ja...cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mmg bunga raya, versi Hawaii kot...hehehe

      Delete
  4. Bunga raya giant...besar betul mcm Payung melindungi pokoknya

    ReplyDelete