Friday, November 29, 2013

Ketagihan

Semua orang kenal ini pokok apa kan. Kalau tak kenal juga, inilah pokok pudina.
 
 
 Opps! Dah ada daun yang kuning. Mesti sebab tak tau nak guna buat apa daun ini kan. Kalau nak buat ubat gigi tak 'cost effective' pula. Nak buat ulam hari-hari pun jemu juga. Tapi sekarang ini daun pokok pudina saya tak sempat kuning pun, malah kelihatan 'botak' pula sebab hari-hari kena kutil.


Saya guna daun pudina untuk buat teh pudina. Sebelum ini selalu juga saya cuba buat tapi tak sedap. Selepas makan di restoren arab baru saya tau rahsia nak bagi teh pudina betul-betul sedap dan kena dengan selera saya.


 Sanggup saya beli teko kecil semata-mata nak buat teh pudina. Saya masukkan daun pudina dan 2 uncang teh untuk teko kecil saya ini.


 Pada pandangan saya, kalau nak teh pudina sedap, yang penting sekali tehnya kena pekat dan gulanya kena cukup.


 Sekarang ini saya ketagih nak minum teh pudina hari-hari. Naik gondol pokok pudina saya dibuatnya.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

18 comments:

  1. Ah ketagih pudina? sy biasa buat letak jer daun tuh dlm teh..tp cr rose nie nampak best..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlu sy pun buat camtu, tak ade umph!...hehehe

      Delete
  2. sedapnye teh pudina ala2 arab. teh tu rose pakai yang biasa punya atau yang arab tea punya. teh letak pudina aroma sedap bau rasa nyaman dan wangi. mmmm~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai teh lipton jer, mmg best la teh ni, ketagih...hohoho

      Delete
  3. sha slalunya guna daun pudina utk buat nasi pudina atau pudina chutney....mmg sedap & terangkat specially chutney tu my mom suka campur daun pegaga skali, bleh simpan lama dlm peti ais, bila nak makan nasi colek chutney tu sikit, sihat pun sihat sedap pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menariknya! nak resepi nasi pudina ngan pudina chutney tu, mesti bestkan

      Delete
  4. heheheh.... itu baru syok, kadang teringin nk tnm herba nih tp penah tnm tp takmenjadi... dulu penah tnm rosemary ngn daun kelsum... tp tinggal ranting je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ni mesti malas nak siram ni...kan....kan....

      Delete
  5. pokok yg sy paling suka tanam,,cepat membiak,,kalau cukup baja lagi menggerutu daunnya,,tapi penggunaanya agak minina,,asyik masuk dlm teh je,,btw ni pudina saya,,http://cucubulat.blogspot.com/search/label/pudina

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...baru la tau lg menggerutu lg sihat, kene perhatikan ni...TQ

      Delete
  6. Baru nak cadangkan buat teh pudina tadi...kadang2 bila tak ada dicari bila ada tak tahu nak buat apa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka gak masukkan dlm nasi briani yg dimasak sendiri tpi takkan nak makan nasik briani slalu sgt, muak la pulak

      Delete
  7. Ini buat tak sabar nak suh pudina beranak banyak2.. Mcm sedap je wat Teh gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Nadia, jangan tak cuba, nyesal nanti...hehehe

      Delete
  8. Suburnya pokok pudina Rose ni.....dulu saya pernah tanam, subur jgk tapi lama2 mati sbb kena neglect ..mmg sedap teh pudina mcm kedai arab tuh...refreshing sgt kan......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm...mmg menyegarkn sangat sehingga teringat-ingat selalu...hehehe

      Delete
  9. Wahh comel jer pasu pudina tu.. pudina tu pun subur2 dapat pasu cantik.. Teh pudina ni mmg sedap refeshing mcm ubat gigi bepudina..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa, sorang je yg puji pasu dia, mmg comel (hahaha) tu sbb sy beli, mahal tau (hahahah)...gurau jer

      Delete