Friday, November 22, 2013

Pahitnya!

 Ini peria katak yang saya beli di pasar malam. Harganya agak mahal berbanding sayuran lain. Masa saya beli warnanya hijau, kalau dah warna kuning siapa pun tanak beli.

Saya sebenarnya peminat peria terutamanya bila dibuat sayur tapi peria yang jenis besar.


Kenapa pulak peria ini sampai jadi sampai kuning? Kata,  peminat peria!
Semuanya kerana eksperimen tak jadi.

Ada orang bagitau saya, kalau buat jus epal hijau campur dengan peria katak, rasa pahit peria katak hilang ditelan rasa epal hijau. Saya pun cuba.

Pahitnya melekat dekat tekak tak mahu hilang, menyesal saya cuba. Saya buat jus dua biji epal campur sebiji peria katak. Tak ada lansung rasa epal, semuanya rasa pahit.

Akhirnya peria katak ini terbiar membusuk. Sebab saya serik dengan rasa pahitnya, nak buat sayur pun rasa ngeri. 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

16 comments:

  1. salam...cuba hiris halus2 then basuh dgn garam then campurkan dgn garam+rempah & goreng mcm kropok....my mum slalu buat mcm tu...dia suka sgt makan peria katak ni...xp sha x to samada pahit/tak cos x pnah makan pun.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      yer jugak, penah makan yg camtu, sedap gak. len kali boleh cuba ni

      Delete
  2. Assalammualaikum dik,
    kalau nak minum jus peria, jaangan buat banyak2, belah 4 bahagian.pagi guna suku, tengahari suku, petang suku dan malam suku..habis lah sebiji, dan tak lah pahit sangat,.campur sedikit jus oren sesudu 2, jangan bubuh banyak air, agak2 3 kali teguk je..baru lah tak teringat2 pahit nye. hihihi..tujuan jus peria ni utk.slimkan badan, kira2 ganti jamu indonesia tu lah..amal selalu, baru selulit tak kumpul bawah kulit.InsyAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      nampaknya kena beli balik la ni, terima kasih akak atas petuanya tu!

      Delete
  3. Salam SmRose, pahit itu ubat.. kalo tak pahit bukan tongkat ali namanya.. hehe. Resepi godenrose tu mmg sesuai dgn peria katak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada penyakit tapi nak buat pencegahan pun ok kot....hehehe

      Delete
  4. Assalam rose,

    ummi saya ada penyakit kencing manis yang agak hyper,dulu dia selalu amalkan minum air peria blender dengan apple hijau. Mcm kak puteri cakap,peria tu separuh atau suku je...apple tu bagi banyak sikit. Tapi dulu umi saya minum dalam suku je tak banyak tp result dia sekejap je kencing manis dia turun. pada saya mcm agak kuat kesan dia...kene banyak minum air masak. Saya pun ada plan nk blend peria...tp faham2 la kan peria kan....pahit....x da keberanian lagi. hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni saja nak cuba la kononnya....hahaha, pas tu letak bebyk, baru tau rasanya pahit sgt, ada gak terbaca bahaya kalau terlebih minum atau makan.

      Delete
  5. Salam Rose,

    Mak Aji biasa buat jus peria katak ni, tapi yang saiznya kecil boleh blend satu dengan epal satu, sebatang seleri juga separuh timun batang. Dapat dalam 3 gelas besar. Memang tak terasa pahitnya! Kalau saiznya besar sikit separuh cukuplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      Lain kali nak cubalah cam Mak AJi bgtau ni, mesti tak serik lg kan...hehehe

      Delete
    2. Kalau campur saleri n timun,adakah mengeyangkan khasiat yg ada dlm peria yg pahit itu,mohon puan beri pencehan

      Delete
  6. Suami saya pun suka campurkan epal ngan peria. tapi peria katak yg kami tanam tak pahit langsung!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. .byk dpt resipi jus peria katak ni. Kakak ipar selalu amalkn..mmg diabetes dia turun jika amalkn selalu.

    ReplyDelete
  8. feveret ni, tp kalau dah warna kuning tu boleh makan ke tak ye? 😂

    ReplyDelete
  9. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete