Thursday, November 21, 2013

Tuaian Tumpang

 Nama kedua-dua penumpang ini adalah kekabu air atau ketumpang air dan gelang pasir atau nama komersilnya 'purslane'. Kenapa dipanggil penumpang? Kerana pokok-pokok ini suka sangat menumpang pasu-pasu tanaman saya.

 Punyalah gemuk kedua-dua pokok ini, sampai mengganggu tanaman asal. Jadi saya cabut kedua-duanya. Jangan tak tahu kedua-dua herba ini boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pasal kekabu air saya dah selalu cerita, jadi hari ini saya nak cerita pasal herba gelang pasir.

Herba gelang pasir ini di Malaysia sangat terkenal sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam ubat untuk tumit pecah. Selain daripada itu dikatakan tumbuhan ini mengandungi 'omega-3 fatty acids' yang lebih tinggi berbanding sesetengah minyak ikan. Jadi kalau tak suka makan ikan bolehlah cuba makan pokok gelang pasir ini. 

Memang rupanya ada sikit-sikit macam ros jepun sebab diorang sebenarnya adik beradik lain mak lain bapak.

Kalau nak tahu, rasa daunnya sedikit masam. Dulu mak saya pernah masukkan daun ini dalam sambal sardin. Cara lain untuk makan daun ini mungkin boleh buat ulam kot, saya pun tak tau sebab tak pernah cuba. Rasanya kalau nak buat salad pun boleh.

Dikatakan juga bahawa herba ini mempunyai kandungan Vitamin A yang tertinggi diatara sayuran hijau yang lain. Jadi kalau nak mata dan penglihatan yang sihat silalah makan herba ini selalu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

11 comments:

  1. Biasa buang jer pokok tu.. Nak telan cam x lalu jer... :(

    ReplyDelete
  2. Terima kasih rose..akak biasa cabut buang aje. Tak tau boleh dimakan.

    ReplyDelete
  3. Ohh.. ingat rumput.. hehe. Byk khasiat rupernye.. Thanks SmRose

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Rose,
    herba gelang pasir ni, apa nya yg.diambik kalau nak buat ubat, daun ke batang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Rasanya batang dan daun skali sbb semuanya lembut jer

      Delete
  5. salam kenal...

    pokok bunge yg btg merah tu ke nama dia gelang pasir? ingtkan pokok bunge yg ros jepun tuh... rumput yg 1 lg tuh pun banyak kalu kt pasu bunga kan... tak tau pun tu herba... pasni kalu blik kg blh bgtau info nih kt mak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. btg merah tu la gelang pasir atau portulaca oleracea, salah satu ramuan ubat pecah tumit, kalau nak tau khasiat kekabu air search kekabu air kat blog ni yer

      Delete
  6. ooo...akhirnya br tau namanya...ct slalu cabut buang aje...xtahu plak boleh dimakan...banyak menumpang lam pasu

    ReplyDelete