Wednesday, November 20, 2013

Orkid Air

 Apa namanya yang sebenar pun saya tak tahu. Tapi mak saya bagitahu namanya orkid air. Suka sangat bunganya yang berwarna putih, teringin nak tanam. Tapi....



Bunga ini sebenarnya mak saya yang tanam. Sudah beberapa kali saya nak minta anak  pokoknya untuk ditanam di rumah saya. Mak saya dengan rela hati nak bagi. Asyik tak jadi sahaja.



Saya tengok pokok ini memang senang membiak. Mak saya tanam dalam pasu yang berair tapi ada jugak orang tanam terus atas tanah tapi yang dekat dengan sumber airlah.



Saya tak jadi tanam dekat rumah saya sebab dekat kawasan ini selalu sangat pegawai kesihatan datang periksa air yang bertakung, nanti tak pasal-pasal pula saya kena saman. Nak bela ikan rasa macam leceh pulak, lagipun ikan yang saya beli dah jadi penjaga takung hidroponik.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

10 comments:

  1. Salam SmRose, nanti nyamuk aides dtg. Baik jgn tanam walau cantik... Lagipun tak bleh mkn kan orkid air ni...

    ReplyDelete
  2. lagi-lagi musim hujan tak menentu ni...lagi kerap la pegawai kesihatan dtg...hihih
    memang cantik bunga orkid ni...tapi penjagaan la pulak..agak leceh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui tu Nadia, tak syesuai dgn wanita yg bekerja...hehehe

      Delete
  3. Cantiknya....cuba tanam dalam pasu yg self watering tu la Rose....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...idea yg bernas tu Lynna tapi pegawai kesihatan kat sini penyebuk sgt semua pun dia nak check

      Delete
  4. Nanti bertambah kerja pulak nak selalu jaga air dia supaya tak ada jentik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul sangat tu, kalau ada ikan nak kena bg makan la pulak

      Delete
  5. daunnya macam daun sirih..tak pernah tengok tumbuhan ni..rasanya boleh buat gubahan antaran ni.

    ReplyDelete