Tuesday, November 19, 2013

Tuaian Selasa - Pucuk Ubi Kerinting

 Pucuk ubi kerinting kegemaran saya ini saya tanam di bahagian hadapan rumah. Sikit sahaja pokoknya maklumlah tak ada kawasan. Mak saya ada tanam banyak, setiap kali balik mesti saya kutip buat bekalan. Batangnya yang kecil pun ada saya simpan, buat tanam semula. Pokok ini subur kalau tanam terus atas tanah, dalam pasu ada kureng sikit.

Apa yang saya buat dengan hasil tuaian? Saya rebus sahaja. Mak saya pesan, kalau nak rebus pucuk ubi masukkan gula supaya pucuk ubi cepat lembut dan rasanya pun bertambah sedap. Ada juga kawan mak saya pesan, rebus dengan air bercampur air kelapa. Tentu hasilnya lebih enak.
Pucuk ubi rebus ini saya gandingkan dengan sambal kuini. Memang gandingan paling serasi. Makan pula dengan nasi panas dan ikan goreng. Nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Sedar-sedar dah kena penyakit. Penyakit kenyang.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

26 comments:

  1. kalau sy penyakit kenyang dan penyakit tido...pastu payah nak bangun..hihih...sedap pulak baca gandingan menu pucuk ubi kerinting ni..ada cita-cita gak ni nak cucuk pokok ubi depan umah..bagi redup sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam pokok ubi depan umah, ok gak tu, sambil hias laman sambil buat ulam

      Delete
  2. Bagus petua tu Rose.....sbb setengah sayur ni bila celur ada yg pahit.....nnt boleh cuba....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pahit kene rebus diu kali la kot, baru la sodap

      Delete
  3. Jalan-jalan ke blog ini...
    1st time singgah..
    banyak betul info...tertarik saya dgn blog ni..nnt saya dtg lagi ye...


    p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

    ReplyDelete
  4. Dapat ilmu baru ni, nanti boleh try praktik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cuba, kalau tak jadi jgn marah pulak...hehehe

      Delete
  5. wah sedap tu....dkt rumah ada jgk tanam pokok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuk ubi kerinting ni kalau buat tumis air pun sodap, tak payah celur dulu

      Delete
  6. Pucuk ubi sambal kuini, pasangan romantik.. hehe. Tips letak gula menarik tu.. boleh cube...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba yg gujna air kelapa la, sy penah makan, huh! mmg lain drp yg biasa

      Delete
    2. Kelape muda ye SmRose, boleh diusakan ni..demi pucuk ubi.. hehe.

      Delete
  7. Assalammualaikum Rose.
    pucuk ubi keriting memang sedap.Batang ubi yg.Rose kirim hari tu dah tumbuh banyak cabang nya, tapi kurus kecik2 je. Terasa nak ambik pucuk2 nya, tapi kena tahan hati dululah, sampai suatu masa yg.sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      lama dah tak dengar cerita akak, malu pulak rasanya saya sbb bg akak btg ubi yg kecik jer, harap2nya pucuk ubi kerinting berkembang biak pula di kawasan akak...hehehe

      Delete
    2. ehh malu apa pulak nya dik..pokok dah hidup subur pun cuma selalu tak tertunjuk gambar.

      Delete
  8. ibu mertua saya pulak letak sedikit minyak dan sedikit garam,,apa yg saya perhatikan memang bagus jugak sebab ada ulam-ulaman yg jenis bergetah tak melekat pada periuk,,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak petua tu, lagipun kalau kita masukkan minyak warna hijau ulam tu akan kekal.

      Delete
  9. tkasih kerana beri petua.
    saya memang tak pernah tgk daun ubi mcm tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. kena tanam jugak la ni nampaknya...hehehe

      Delete
  10. Hari ini sy masak lemak pucuk ubi + dengan ikan masin talang...umph ! sedap hingga menjilat jari...

    http://saridahsenin.blogspot.com/2013/11/tawaran-notebook-diary-2014-dari-jalin.html

    ReplyDelete
  11. keratan btg available for sale ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena balik kg dlu nak tgk stok ada tak de...hehehe

      Delete
  12. Info yg bguna. Sy blik kmpung ada tgok pucuk ubi kriting ni cri kt gogle jnis2 ubi. Nenek sy ckp Pucuk ubi kriting ni lg sedap dan lmbut

    ReplyDelete