Tuesday, November 12, 2013

Pokok Ulam-Ulam Mentah yang ditanam di Bahagian Belakang Rumah Saya


Ulam yang menjadi pojaan hati saya tentulah si cabang tiga ataupun lebih dikenali sebagai tenggek burung. Saya sukakan ia kerana rasanya. Tentang khasiatnya baru-baru ini sahaja saya tahu. 

Ada saya baca di laman web milik warga Indonesia yang menamakan pokok ini sebagai viagra alami kerana khasiatnya yang sangat tinggi bagi kaum lelaki. 

Manakala bagi kaum wanita pula, jus daun tenggek burung yang diminum dikatakan dapat merawat masalah keputihan. 
Tapi yang kelakarnya (bagi orang Malaysia) ada dialek yang menyebut ulam ini sebagai tenggek buruang (mungkin sebelah Sumatera).




Ini pula ulam yang menjadi kegemaran saya yang kedua aitu ulam sambung nyawa hijau. Yang memikat hati saya tentulah rasa dan baunya. Rasanya  seakan-akan buah mangga tapi tak masam. 

Tapi yang paling bagus sekali pokok sambung nyawa ini senang betul nak membiak dan bertunas. Pantang dipatahkan rantingnya, tak lama kemudian akan keluarlah tunas-tunas baru yang membekalkan pucuk-pucuk yang enak lagi berkhasiat. Salah satu khasiat ulam sambung nyawa adalah menurunkan tekanan darah yang tinggi.




Kenal tak daun selom, kadang-kadang kalau silap tengok  ingatkan daun sup ataupun saderi. Rupanya hampir sama tapi rasanya jauh berbeza. Saya paling suka gunakan daun selom sebagai ulam tambahan dalam laksa. Memang sedap lagi menyelerakan.




Ulam pucuk gajus memang saya suka sangat, tapi susah nak mendapatkannya. Jadi saya tanam pokoknya dekat belakang rumah. Mula-mula pokok ini macam dah mati, tapi bila saya alihkan dari pasu plastik ke pasu seramik tunas-tunas baru tumbuh semula. Lega hati saya, ingatkan kena beli pokok yang baru. Kalau dah rezeki tak akan kemana.




Ini pula ulam raja. Yang ini bukan dibelakang rumah saya, tapi dalam pagar jiran belakang rumah saya. Saya sengaja campakkan benih ulam raja dekat dalam kawasan rumah tersebut sebab dah lama sangat jiran saya tinggalkan rumahnya. Daripada terbiar ditumbuhi rumput, baik saya biar ia ditumbuhi tumbuhan yang bawa manafaat. 

Hehehe...sebenarnya ini kerja nakal yang saya lakukan kebelakangan ini. Selain daripada itu saya selalu pusing-pusing dihadapan rumah ini, kot-kotlah ada tampal iklan UNTUK DIJUAL, bolehlah saya beli rumah tersebut (macamlah banyak sangat duit). 
Malangnya dah selalu sangat saya lalu depan rumah ini, papan tanda UNTUK DISEWA pun tak ada.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

24 comments:

  1. jeles nyer tgk tenggek burung tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. napa lak jeles, pokok @na pun kan dah beso, sihat lak tu, cuma kena letak tempat redup sikit jer baru la tak pahit...hehehehe

      Delete
  2. cuba2 la tanye jiran yang berdekatan mengenai rumah tu..kot2 mereka ade no tel ..mungkin kalau ade rezeki tuan rumah tu nak jual ke..lagi luas la sm boleh berkebun..bestkan...suka tengok ulam2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak Tanya jiran tu sbb sakit ati dia tebas pokok tanaman saya

      Delete
  3. ulam pucuk ketereh tuh sy makan ms kecik2 dl..skrang susah nak nak jumpa..

    ReplyDelete
  4. Salam SmRose.. Hmm..Viagra?.. menarik tu.. masa kat kampung.. org tak pandang pun pokok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedas?Manis? nak panggil apa yer?
      Memang banyak diperkatakan tentang khasiat tenggek burung ni terutamanya di laman2 web indon

      Delete
  5. Laman x luas teringin nak tanam ulaman...pokok kacang botol saya x berbuah lagi...pokok rimbun cun dah..heheh...ada juga tanam selom..tapi dlm pasu la,tanam lebihan dari pasar jer...dlu kat kg suka sgt ulam pokok gajus nie, letak dlm laksa lagi sedap...huhuhuhu tapi ruang membataskan semua nie..heeh teringin nk tanam pokok kaduk sedap jg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laman sy lg tak luas, sekankang kucing jer...hehehe, btui mmg sedap kalau letak ulam daun gajus dlm laksa, sy pun suka

      Delete
  6. ulam2 ni kalo bergabung makan...kebabom sedap,cicah pulak budu ke,sambal belacan ke,cencalok ke....mmmm. rose ada tak benih tenggek burung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sodap, anak pokok tenggek burung mmg ada tapi kecik sgt lg pokoknya,

      Delete
  7. Akak ni kalau nak berulam terpaksa beli je semua tu...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, nak buat camna kalao tak sempat nak tanamkan, terpaksalah kita beli, sy pun kenkadang beli gak

      Delete
  8. semua ulam2 tu kecuali ulam raja...sy cuba tanam tak jadi-jadi lagi...belum rezeki lagi gak nya...rezeki makcik2 kat pasar...kena beli kalau nak makan..tu pun jarang2 jumpa

    ReplyDelete
  9. Belum pernah rasa lagi nih.. pokok pun tak penah tengok.cam sedapp jer...

    ReplyDelete
  10. Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi ... dapatkan keperluan seperti benih, baja dan lain-lain di http://romatechagro.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada diskaun ker bila beli sbb dah iklan kat sini...hehehe

      Delete
  11. Salam Rose,

    Bagus kan kalau nak makan ulam, main petik je, segar dari ladang! Tenggek burung tu elok di temoat redup sikit ya agar kurang pahit?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      Mmg terasa bahagia jer bila petik ulam tanaman sendiri. Btul tu Mak Aji mmg kena letak tempat redup sikit, kalau td pahit.

      Delete
  12. saya sgt suka ulam tenggek burung tu. Dulu ada supplier kat ofis tapi orang tu dah berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti al sy bukak ladang tenggek burung bole jd supplier ganti dia tu....hehehehe (melawak jer)

      Delete