Monday, November 11, 2013

Monday Harvest - Kuini Fruit - Mangifera Odorata


Kesian buah kuini ni, pokoknya dah kena tebang. Jadi Tuan Haji (rakan seopis) tolong kutip buahnya dan bagi-bagi antara staf dalam opis. Tapi yang ambil paling banyak tentulah saya. Ini buah kuini muda, jadi tak ramai yang berminat.

Sejak mendapat pujian melambung daripada rakan-rakan opis tentang kesedapan jeruk mempelam Kak Rose, saya semakin bersemangat membuat jeruk. Buah kuini ini pun saya nak buat jeruk juga dengan janji nak bagi rakan-rakan kat opis makan sekali.



Macam biasa, resepi pun ikut yang dulu juga. Tapi susah sikit nak buang kulit kuini yang tebal ini. Kuini ini pun ada banyak makhluk berprotien tinggi. Mengacau saja.



Saya dah rasa jeruk kuini ini. Kulit luarnya agak liat dan mengganggu kesedapannya. Cuma baunya lebih kuat dan sedap daripada jeruk mempelam.

Tapi saya suka lagi kuini masak, rasanya manis dan baunya meletop. sedap kalau dibuat serawa ataupun sambal belacan, makan pulak pucuk ubi kerinting rebus, terangkat!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

15 comments:

  1. mcm mangga..ini yg org kelate panggil buoh kining ker?

    ReplyDelete
  2. wahhh...kuinin...di rumah mak saya ada berpokok2 dpn rumah. kalau masak...jadi pewangi semulajadi depan rumah. jeruknya nampak sedap. kecur dah air liur ni...nyumnyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla suh mak buatkan jeruk ni, balik nanti kutip jer masuk bonet kete....hehehe

      Delete
  3. tarik nafas panjang sy tengok...hmmmm dapat tengok jer la sambil terbau-bau buah kuini...

    ReplyDelete
  4. Buat pengat kuinin pun sedap, tapi kena yang masak sikit, saya dah buat masa jamuan bilik Dad aritu, dia org cakap sedap, Tanya wak nizam...ceh ceh ceh...kat blog saya ada entry nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca dah, teringin nak rasa jugak...huhuhu

      Delete
  5. First time dengar kuinin buat serawa.

    ReplyDelete
  6. Kecur mulut.. nyam2.. ngadap komputer smbil kunyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami satu opis tgh kunyah jeruk kuini ni, nak hantar ke Labuan jauh sgt...hehehe

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sya suka buah kuinin tambah klu sambal kuini.mmg bertambah nasik :D

    ReplyDelete