Semalam saya tunjukkan tuaian buah mempelam, hari ini pun nak tunjuk lagi. Tapi yang ini buahnya sudah separa masak. Buahnya diambil dari kebun abah saya. Pokoknya penuh dihuni oleh kawanan kerengga, jadi buah bebas makhluk perosak didalam isinya. Tapi sewaktu menjoloknya habis seluruh badan kena gigit dengan kerengga. Abah saya tak turunkan kesemua buahnya sebab sudah tak tahan dengan gigitan kerengga.
Apa yang saya buat dengan mempelam ini. seperti yang ramai kawan-kawan dah duga memang saya nak buat jeruk dengan mempelam ini. Mula-mula saya buang semua kulitnya.
Selepas itu, saya potong isinya dan asingkan daripada bijinya yang berserat. Tengoklah isinya itu yang dah separa kuning yang menunjukkan buahnya hampir nak masak.
Kemudian saya rendamkan isi tersebut dengan air garam selama dua hari semalam. Adik saya masakkan air gula dan biarkan ia sejuk.
Saya basuh isi mempelam dengan air biasa dan tuskannya. Selepas itu masukkan ke dalam botol dan curahkan air gula dan biarkan semalaman.
Tadaaaa! Dah siap pun jeruk Kak Rose (hajat di hati nak lawan jeruk Pak Ali). Resepi jeruk ini saya sesuka hati cipta sendiri. Tak sangkalah pula menjadi. Rasanya manis, masam dan masin.
Meleleh air liur saya waktu menaip entri ini, teringat-ingat kerangupan dan kelazatan jeruk Kak Rose ini.
Sebenarnya saya menaip sambil mengunyah jeruk mempelam buatan sendiri yang bebas dari ubat penahan mahupun bahan perisa tiruan.
Mak saya sendiri pun tak percaya yang jeruk buatan saya ini menjadi. Takut-takut mak saya nak makan, lepas itu bila dia makan katanya tak ada rasa ubat macam jeruk yang dibeli. Saya pula kata memanglah macam itu sebab ramuannya cuma garam dan gula sahaja.
Selepas percubaan yang pertama tadi menjadi, saya pun pergi menuai lagi mempelam yang ada di pokok-pokok lain, dan hasilnya dalam peti ais saya sekarang ini ada tiga balang jeruk mempelam yang rangup lagi menyelerakan.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
memang telioqqq aihhh........my feberet di kala mengandung dan tidak...feberet sepanjang masa :)
ReplyDeletekalau teliur kena buat ker beli la lepas ni...hehehe
Deleteaishhh...jeruk pelam jgk jdnya.heheh..sy dah kureng sikit dah masam2 nie..:)
ReplyDeleteyer la tak tau nak buat apa dah dgn mempelam ni, tapi pernah makan masak lemak daging campur mempelam muda kat satu jamuan, sedap giler
DeleteMeleleh air liur baca entri nie... sedapnyer... Nasib baik tak mengandung.. kalau tak, habis la rumah akak saya serbu.. huhuhu
ReplyDeleteakak lari......hehehe
Deletekecur liur saya rose...haih hmmmm...:D
ReplyDeletebahaya ni, kene suh sesapa belikan la ni...hehehe
DeleteSaya x berapa makan masam tapi kecur jugaj di buat ni.. citer pasal kerengga ni takot gak lah saya sebab kecik2 dulu kalau kena gigit meraung gak ler.. lepas tu kalau kena mata kencing kerengga .. aduhhhhhhh sakit wooooooo.. fobia gak dengan sang kerengga ni.
ReplyDeletesy pun takut dgn menda masam2 ni tp yg ni tak masam dah, sedap jer...hehehe
DeleteSambil membaca ni dah kembang2 pipi di buatnya...
ReplyDeletehehehe...balik keje ni kena singgah kedai nampaknya la yer, carik jeruk pelam.
Deleteassalammualaikum Rose.
ReplyDeletesambil baca sambil telan airliur.Rose tanya kat emak kenapa asal cerita pasal mangga jeruk air liur mencair..hihihi..
Walaikumsalam Kak Puteri,
Deletesaya yg baca balik pun telan air liur gak, tak sabar nak balik keje dan makan jeruk lagi...hehehe
Uuuu.. sedap mata memandang sedap lagi org yg makan :)
ReplyDeleteya memang sedap sangat...hehehe, saja nak buat org lain terliur
Delete