Lama dah rasanya saya beli biji benih ini daripada Blog Tanam Sendiri, cuma baru-baru ini sahaja saya berkesempatan menyemainya.
Saya semai dalam pasu plastik dan letakkan pasu tersebut pada dinding dengan mengguna kan gajet yang saya ceritakan di SINI.
Setakat ini nampaknya tanaman sawi subur dan siput pun susah rasanya nak panjat dinding untuk makan sawi ini.
Seperti namanya memanglah sawi ini sangat kerdil. Saya pernah makan sayur ini yang dibeli, rasanya sedap berbanding sawi biasa.
Senang nak jaga sayuran yang ditanam dengan cara ini. Nak sembur baja pun mudah, tak payah nak menunduk sampai sakit pinggang. Banyak saya beli gajet yang satu ini, macam-macam cara saya gunakannya. Bukan setakat untuk letak pasu tanaman sahaja, ada juga yang saya gunakan sebagai tempat simpanan peralatan berkebun.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Makan sayur bebas racun...teringin nak tanam2 tapi semangat tu cepat je pudar.
ReplyDeleteKita kuatkan semangat itu dengan merasa jeles melihat tanaman kawan-kawan...hehehe (macam tu la yang sy buat untuk tambahkan semangat bekebun)
Deletesy pun suka dengan sawi ni..sedap...betul gak kan kalu tanam sangkut tempat tinggi sikit mesti siput lenguh nak panjat...aritu tanam..duk sedekah pada puak siput je..
ReplyDeletebetul la kata nadia, mesti siput mati dipertengahan pendakian sebab letih sgt...hehehe
Deletesuka gajet tuh....:) saya pon ada semai sawi extra dwarf ni....tak sabar nak petik....
ReplyDeletenanti jgn lupa la share gambar gajet yg beli kat DIY tu, sharing is caring...hehehe (sebenarnya teringin nak beli jugak)
Deletebrilliant idea lah smrose! double thumbs up!
ReplyDeleteterima ksih, tersengih saya sensorang bila baca komen dr kawan-kawan blogger (kembang!)
DeleteRose, bekas tanaman yg panjang tu berapa harganya? Murah ke dari jenama Baba?
ReplyDeleteSali, yang tu saya beli dr Daiso RM5 jer, tapi kalo yg jenama BABA dekat-dekat RM20 jugak harganya.
DeleteThanks for the info. Confirmed cheaper than Baba's. Nak kena pi cari di satu2nya Daiso outlet di PP iaitu di Queensbay.
Deletemalangnya, kat tganu xde daiso.. huhuhu
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMak Aji dok jenguk jugak gajet ni semasa ke nurseri hari minggu tu tapi takdelah macam ni. Masih mencari ni. Ini verticallah ni Rose!!
Salam Mak Aji,
Deleteoooo...camtu, saya main beli jer Mak Aji, bukannya tau sangat. Tapi yang ini mmg berbaloi-baloilah beli