Gambar di sebelah kiri namanya Daun Jarum Tujuh Bilah dan di kanan namanya Daun Sambung Nyawa Hitam/Ungu atau lebih dikenali sebagai Okinawan Spinach.
Kedua-duanya sangat berbeza daripada segi warnanya walaupun bentuk daunnya kelihatan sama. Daun Okinawan spinach kelihatan bergerigi dibandingkan dengan daun Jarum Tujuh Bilah yang tepian daunnya rata dan tidak bergerigi.
Ini Okinawan Spinach yang saya pernah ceritakan di SINI. Saya dah pernah makannya secara mentah, tumis dan juga celur. Ia mempunyai bau dan rasa yang agak kuat tapi masih boleh diterima oleh tekak saya. mungkin pada sesetengah orang rasa dan baunya sedap. Tapi memandangkan khasiatnya yang tinggi, bau dan rasanya tidak penting lagi. Saya selalu juga makan daun ini sebagai ulam.
Ini pula daun jarum tujuh bilah yang keratan batangnya dah merantau ke serata Malaysia. Saya juga pernah ceritakan tentang daun ini beberapa kali dalam blog ini. ini adalah daun-daun baru yang tumbuh setelah saya memangkas pokoknya baru-baru ini.
Daun Jarum Tujuh Bilah juga sangat berkhasiat terutamanya untuk pesakit kanser tetapi daun ini tidak mempunyai rasa dan bau dan agak berlendir. saya pernah ceritakan tentang apa yang saya buat dengan daun ini di SINI.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Daun sambung nyawa tu sepupu saya pernah gunakan semasa suaminya terlantar akibat tumur otak, seorang pengamal perubatan tradisional sediakan daunnya...hiris halus dan letak dalam mulut.
ReplyDeleteOOO...dah sihat ke dia?
Deletedaun tujuh bilah ni ada bunga color oren kan...pernah amik rasa tapi takleh telan berlendir2...ayah sy makan untuk kesihatan badan jarang-jarang lah dia amik makan selepas terkena serangan jantung
ReplyDeletea'a bunga dia warna oren, sy pun jarang2 makan walaupun ada kt depan umah
Deletedulu dkt rumah saya ada pokok daun tujuh bilah...skrg dah tak ada...mana nk cari
ReplyDeleterasanya ramai org tanam pokok ni kan, cuba cari kt umah jiran2, tanam pakai keratan btg jer ni
DeleteOhh.. nampak macam pokok biase yg ader kat semak2.. tapi khasiat die banyak rupernya. Thanks for sharing ruper daun ni..
ReplyDeletemesti pokok ni banyak kat semak Labuan kan...hehehe
DeleteSya x pnh tgk 2,2 daun ni..kena byk blajar lg nmpaknya ni..tima kasih smrose kongsi2 info menarik ni :)
ReplyDeletekan dah tengok...hehehe (tengok kt blog ni la)
DeleteUncle memang buta daun... Kecuali rokok daun
ReplyDeleteKeh keh keh
hehehe...ni tolong tunjukkan ni, bila aunty tanya senang nak jawab
DeleteOkinawan Spinach, saya pernah tanam, keratan batangnya saya dapat dari Tesco. Dah lama dah, pokoknya dah pupus di My Mix Garden. Tesco pun dah tak jual sayur ni.
ReplyDeleteKena tanam balik la nampaknya ni...hehehe
DeleteNanti jual keratannya dengan saya.
DeleteNanti ada keratannya sy bgtau yer
Delete