Saya seorang yang suka mengamalkan pengubatan daripada herba-herba dan bahan semulajadi berbanding rawatan daripada ubatan moden.
Bila dicadangkan oleh salah seorang rakan di opis saya agar memakan minyak Habatussauda', saya dengan tak ragu-ragu terus mencuba kerana telah lama saya dengar tentang khasiatnya yang amat tinggi.
Ia adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".
Bunga dan biji Habatussauda, Sumber| https://sites.google.com/site/usanapot/habbatus-sauda
Antara khasiat Habatussauda':
1. Membantu mengeluarkan asid urik dalam badan.
2. Mengelakkan terkena penyakit gout.
3. Membantu menyembuhkan selsema.
4. Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5. Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman.
6. Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
7. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8. Membantu merawat penyakit kencing manis.
9. Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
10. Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
11. Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
12. Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
13. Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.
14. Mengelak daripada mengalami gangguan sihir dan ilmu hitam.
Kesan ketara yang saya sendiri alami setelah saya mengamalkan makan kapsul minyak habatussauda' selama 2 bulan kebelakangan ini adalah saya berasa segar ketika bangun tidur. Tak ada lagi simptom-simptom ingin tidur kembali sambil menarik selimut. Saya pun dapat bangun lebih awal dan sempat menyiapkan kerja-kerja rumah sebelum pergi kerja.
Sekotak Kapsul Minyak Habatussauda' cuma RM12
Setiap kotak mengandungi dua papan kapsul iatu jumlahnya sebanyak 20 biji kapsul minyak habatussauda'.
Sekiranya berminat dengan kapsul habatussauda' boleh berhubung dengan saya di semuamenjadi@gmail.com.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
penah dgr pasal minsyam ni bila tgk rancangn tv Alhijrah chef amar slalu promote minyak zaitunyer nyer..bagus ke kapsul ni?
ReplyDeletesaya sendiri pun makan kapsul ni, memang bagus, mula-mula makan akan keluar angin melalui sendawa dulu, badan rasa cergas dan seperti yang sy sebut kt entri ni mmg terasa perbezaannya bila bangun tidur, rasa segar dan bersemangat. Mungkin sbb tahap kolestrol dah turun jadi badab rasa segar dan ringan.
DeletePernah ambik kapsul habbatussauda HPA.. suke jugak :)
ReplyDeleteHPA pun ada yer, slalu jumpa kopi habatussauda' jer
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMak Aji pun amalkan habbatus sauda ni tapi yang dicampurkan dengan minyak zaitun extra virgin dan propolis.
Salam Mak Aji,
Deletewow!tu lgi extra2 hebat tu Mak Aji
harga tu termasuk pos ka..
ReplyDeletekos pos lain le...hehehe
Delete