Kesian buah kuini ni, pokoknya dah kena tebang. Jadi Tuan Haji (rakan seopis) tolong kutip buahnya dan bagi-bagi antara staf dalam opis. Tapi yang ambil paling banyak tentulah saya. Ini buah kuini muda, jadi tak ramai yang berminat.
Sejak mendapat pujian melambung daripada rakan-rakan opis tentang kesedapan jeruk mempelam Kak Rose, saya semakin bersemangat membuat jeruk. Buah kuini ini pun saya nak buat jeruk juga dengan janji nak bagi rakan-rakan kat opis makan sekali.
Macam biasa, resepi pun ikut yang dulu juga. Tapi susah sikit nak buang kulit kuini yang tebal ini. Kuini ini pun ada banyak makhluk berprotien tinggi. Mengacau saja.
Saya dah rasa jeruk kuini ini. Kulit luarnya agak liat dan mengganggu kesedapannya. Cuma baunya lebih kuat dan sedap daripada jeruk mempelam.
Tapi saya suka lagi kuini masak, rasanya manis dan baunya meletop. sedap kalau dibuat serawa ataupun sambal belacan, makan pulak pucuk ubi kerinting rebus, terangkat!
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
mcm mangga..ini yg org kelate panggil buoh kining ker?
ReplyDeletehaaa...betul la tu, adik beradik bacang
Deletewahhh...kuinin...di rumah mak saya ada berpokok2 dpn rumah. kalau masak...jadi pewangi semulajadi depan rumah. jeruknya nampak sedap. kecur dah air liur ni...nyumnyum
ReplyDeletebolehla suh mak buatkan jeruk ni, balik nanti kutip jer masuk bonet kete....hehehe
Deletetarik nafas panjang sy tengok...hmmmm dapat tengok jer la sambil terbau-bau buah kuini...
ReplyDeletebahaya ni, nanti melelh plak airliur baby
DeleteBuat pengat kuinin pun sedap, tapi kena yang masak sikit, saya dah buat masa jamuan bilik Dad aritu, dia org cakap sedap, Tanya wak nizam...ceh ceh ceh...kat blog saya ada entry nyer...
ReplyDeletedah baca dah, teringin nak rasa jugak...huhuhu
DeleteFirst time dengar kuinin buat serawa.
ReplyDeletesedap, rugi kalau tak cuba
DeleteKecur mulut.. nyam2.. ngadap komputer smbil kunyah..
ReplyDeletekami satu opis tgh kunyah jeruk kuini ni, nak hantar ke Labuan jauh sgt...hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSya suka buah kuinin tambah klu sambal kuini.mmg bertambah nasik :D
ReplyDeletebau dia yg paling menggoda kan
Delete