Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu majlis bertemakan Cintai Sungai Kita. Sungai ini memang layak dicintai sebab ianya bersih lagi cantik.
Cuba tengok buah apa tu? Kesian dia jatuh ke tanah tak ada siapa pun nak kutip. Mempelam pun layak dicintai juga. Kalau zaman dulu mana ada mempelam kacuk macam sekarang, mempelam inilah yang disanjung-sanjung kesedapannya. Terutamanya bila dicolek dengan kicap campur gula.
Waktu sesi makan-makan, saya pilih untuk duduk di bawah pokok mempelam ini. Tak sangka ramai pula yang mengikut. Makin tambah selera makan juadah kampung sambil menikmati suasana sungai yang indah.
Inilah pandangan saya dari bawah pokok mempelam.
Geram saya tengok buah-buah mempelam yang tengah mengkal ini, kalau buat jeruk atau colek mesti sedap ni. Meleleh air liur.
Pokok mempelam ini tak tinggi pun, rendah dan rendang. Memang sangat sesuai buat tempat berkelah tapi ada penunggunya si pinggang ramping Cik Kerengga.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
cantik air sungai nie...kat mana nie...sayang kan buah mangga tu terbiar je...mangga tu ade tuan ke...
ReplyDeleteKat satu kampung yg terkenal dgn aktiviti 'white water rafting', rasanya ada tuan sbb kt situ ada challet
DeleteGeram juga nengok si mangga tu..
ReplyDeletegeram tengok jer la, apakan daya ada yg empunya
Deletebersih sungai tu,mempelam colek dengan kicap letak gula sikit dan cili....sedapnye. ~~~~ :)
ReplyDeletesy suka letak blacan...ermm sedap
Deletekat mana ni,,cantiknya keindahan alam semulajadi jika dipelihara dengan baik kan..
ReplyDeleteorg kg ni pandai jaga sungaikg dia
DeleteAssalammualaikum Rose,
ReplyDeleteCantik sangat mempelam ni, buahnya bergugus macam gugusan buah anggur. kecik2 ke buah pelam ni?
Waalaikumsalam,
Deletekecik2 jer buahnya kak, mempelam telur ker mempelam ratus ker, sy pun tak tau yg mana satu, ker dua2 sama
yg begugus mengkal tu pelam telur kan rose? mmg sdp buat cicah tu
ReplyDeleteRasanya nama tu betul la tu, yg mengkal dah kurang masamnya mmg sedap bila dicicah.
Deletepelam tu ada yg punya tak kak... or mmg sapa2 boleh petik... aduh sedapnyer walaupun kecik gitu je
ReplyDeleteada yg punya, tak berani nak petik, yg jatuh tu pun tk brani nk kutip
DeleteDah kembang2 pipi akak ni...
ReplyDeletehehehe...sekarang tgh musim rasanya, bole jumpa kot kalau balik kg
DeleteSesuai sgt tempat ni tuk riadah.. rajin pulak pokok mempelam tu bebuah.. dah masak lak tu.. rugi2 kalo dibiarkan..
ReplyDeletetuan punya chalet yg punya kot, segan nak mintak...hehehe
DeleteBergugusan Pelam nyer..takde org petik...klu tempat public mcm ni..boleh kut kan ambik...ni kat mana? Cantik bersih sungai
ReplyDeletedating sbg tetamu malu plak rasanya nak petik buah tu, kalau dtg sbg pelancong ok jer kot
Delete