Saya tak ada kenangan waktu kanak-kanak tentang buah kemunting sebab di tempat saya pokok ini memang tak pernah saya jumpa. pokok senduduk ada lah tapi saya tak tahu pun buah senduduk boleh di makan.
Saya ada tanam pokok kemunting di rumah saya, bila saya bagi mak saya rasa buahnya yang masak, mak say pun teringin nak tanam pokok kemunting. memang sedap buah kemunting ini, beruntung orang yang ada pokok kemunting tumbuh secara liar dikawasan tempat tinggalnya. Buah liar paling hebat yang saya pernah makan waktu kanak-kanak dulu adalah buah letup-letup saja.
Cantik tak bunga kemunting? Cantik sangat pada mata saya lagi-lagi kalau lebat macam ini.
Pokok kemunting yang ditanam di halaman rumah mak abah saya sekarang ini tengah berbunga lebat, selain mencantikkan pemandangan halaman buahnya pun sedap di makan.
Kalaulah saya ada tanah kebun sendiri memanglah saya akan tanam pokok kemunting ini banyak-banyak, lepas itu saya selang-selikan dengan pokok delima kegemaran saya.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
salam sm...saya punx pernah rasa buah kemunting nie..ape rasanye...manis ke..
ReplyDeletemanis dan best, tak rugi tanam, nama jolokannya adalah blackberries Malaysia
Deletepernah dengar kemunting..tapi tak tahu pulak buahnya sedap dimakan
ReplyDeletekena cuba ni, barulah tau sedap ke tidak
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteCantiklah bunganya. Pokok yang Mak Aji beli tu masih belum kembang bunganya, masih kudup lagi. Tak sabar nak tunggu dia berbuah nanti!
Salam Mak Aji,
Deletemari kita doa reramai supaya pokok kemunting MakAji menjadik buahnya yer.
amin
DeleteCantiknyaaaaaa bunga dia....tak pernah tgk and tak pernah mkn buah dia....:)
ReplyDeleteramai rupanya geng saya yg tak biasa tgk dan makan buah ni, kena cuba, macam saya dah cuba terus jatuh cinta...hehehe
DeleteSalam SmRose, skarang pokok kemunting dah jadi exotik n susah nak carik. biase org biak pakai benih ker keratan ye.?
ReplyDeleteSalam,
DeleteSekarang ni saya rasa yg paling sesuai guna kedah tut (layering)
Cantik!
ReplyDeleteselain buahnya bole dimakan, bunga pun vcantik jd hiasan laman
Deletelawanye...bunga kemunting...sekali tgk mcm wild roses
ReplyDeletebetul la, cam ada bunga kat pinggan tu kan
Deletefirst time dengar buah kemunting boleh makan ni, Kat Lenggong takde :)
ReplyDeleteaiii...lenggong dah dekat dgn Jeli tu, takkan tak ade pokok kemunting...hehehe
DeleteMasa kecik suke makan.. carik yg masak, cucuk kat lidi kelapa.. banyak2... seronoknya... sekarang dah susah nak jumpa... haritu gi kerteh nampak adalah juga dikiri dan kanan jalan..
ReplyDeletewaaa...kne gi Kerteh ni...hehehe
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam... Ada lgi x pokok kemunting... Klu ada saya nk ode... Yg putih ada x...
ReplyDeleteSalam... Pokok kemunting ada lgi x... Klu yg bunga putih ada x...
ReplyDelete