Nak beli benih online?

Thursday, November 21, 2013

Tuaian Tumpang

 Nama kedua-dua penumpang ini adalah kekabu air atau ketumpang air dan gelang pasir atau nama komersilnya 'purslane'. Kenapa dipanggil penumpang? Kerana pokok-pokok ini suka sangat menumpang pasu-pasu tanaman saya.

 Punyalah gemuk kedua-dua pokok ini, sampai mengganggu tanaman asal. Jadi saya cabut kedua-duanya. Jangan tak tahu kedua-dua herba ini boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pasal kekabu air saya dah selalu cerita, jadi hari ini saya nak cerita pasal herba gelang pasir.

Herba gelang pasir ini di Malaysia sangat terkenal sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam ubat untuk tumit pecah. Selain daripada itu dikatakan tumbuhan ini mengandungi 'omega-3 fatty acids' yang lebih tinggi berbanding sesetengah minyak ikan. Jadi kalau tak suka makan ikan bolehlah cuba makan pokok gelang pasir ini. 

Memang rupanya ada sikit-sikit macam ros jepun sebab diorang sebenarnya adik beradik lain mak lain bapak.

Kalau nak tahu, rasa daunnya sedikit masam. Dulu mak saya pernah masukkan daun ini dalam sambal sardin. Cara lain untuk makan daun ini mungkin boleh buat ulam kot, saya pun tak tau sebab tak pernah cuba. Rasanya kalau nak buat salad pun boleh.

Dikatakan juga bahawa herba ini mempunyai kandungan Vitamin A yang tertinggi diatara sayuran hijau yang lain. Jadi kalau nak mata dan penglihatan yang sihat silalah makan herba ini selalu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

11 comments:

  1. Biasa buang jer pokok tu.. Nak telan cam x lalu jer... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan telan...hehehe, kunyah dulu yer

      Delete
  2. Terima kasih rose..akak biasa cabut buang aje. Tak tau boleh dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. sekarang bole la cuba makan

      Delete
  3. Ohh.. ingat rumput.. hehe. Byk khasiat rupernye.. Thanks SmRose

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama, jom kita makan 'rumput' tu...hehehe

      Delete
  4. Assalammualaikum Rose,
    herba gelang pasir ni, apa nya yg.diambik kalau nak buat ubat, daun ke batang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Rasanya batang dan daun skali sbb semuanya lembut jer

      Delete
  5. salam kenal...

    pokok bunge yg btg merah tu ke nama dia gelang pasir? ingtkan pokok bunge yg ros jepun tuh... rumput yg 1 lg tuh pun banyak kalu kt pasu bunga kan... tak tau pun tu herba... pasni kalu blik kg blh bgtau info nih kt mak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. btg merah tu la gelang pasir atau portulaca oleracea, salah satu ramuan ubat pecah tumit, kalau nak tau khasiat kekabu air search kekabu air kat blog ni yer

      Delete
  6. ooo...akhirnya br tau namanya...ct slalu cabut buang aje...xtahu plak boleh dimakan...banyak menumpang lam pasu

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik jualan17 mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...