Nampak macam kelapa kan, memang kelapa pun.
Yang ini pula nampak macam apa?Macam pisang muda pun ada.
Buah kelapa ini dituai oleh seorang staf (Tuan Haji) di opis saya. Saya minta kebenaran dia dulu baru tangkap gambar ini. Katanya, buah kelapa ini dipetik dari pokok yang ada dalam kawasan tempat kerja saya.
Nampak tak putik kelapa itu, sama berlekuk macam yang besar. Kata Tuan Haji semua buah dipokok kelapa itu berkeadaan demikian. Malangnya pokok kelapa itu telah pun ditebang oleh pekerja pembinaan yang bakal membina bangunan baru ditempat kerja saya.
Saya tak sempat pun melihat pokok kelapa tersebut, apatah lagi menjalankan penyelidikan tentang mutasi yang berlaku pada gen kelapa ini (angan-angan lagi... hehehe).
Saya tertanya-tanya apakah yang ada dalam buah 'pisang' pada kelapa ini. Jadi saya ambil sebiji 'pisang' tersebut dan cuba memotongnya.
Ini hasilnya tak ada pun isi pisang, yang ada cuma sabut.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
MasyaAllah...memang pelik...tk penah tgk ni...
ReplyDeleteSaya pun pertama kali tengok, ramai gak org kat opis ni terkejut tgk buah kelapa ni
Deletesubhanallah..mesti kacukan kan ini..
ReplyDeleteTak mungkin terkacuk sbb species pokoknya jauh berbeza, rasanya ada yg tak kena dgn genetik pokok ni atau terkena bahan pencemaran/radiasi...hehehe, over pulak
Deletedia ada lekuk2...mesti terkacuk dengan pisang ni
ReplyDeletetak ada terkacuk pisang ni, sbb yg rupa pisang tu sabut jer, tak ada isi pisang pun...heheheh
DeleteWaa peliknye...ni boleh masuk surat kabor ni...... derang cross pollinate ke sampai kelapa ngan pisang bergabung. hehe.....
ReplyDeleteekekeke...org kat opis pun ada cakap camtu, tapi rasanya saya sorang jer yg melaporkan pada org lain melalui blog ni
DeleteFirst time tengok tapi itulah kan kuasa Allah semua boleh jadi.
ReplyDeleteYer betui sangat tu
DeleteKesian kelapa tu tak dpt hidup seperti kelaper normal yang lain.. ada hikmahnya...
ReplyDeletetu la kesian dia, agaknya dia merajuk tak ada org pedulikan dia selama ni, tu dia berbuah pelik2 nak tarik perhatian, maklumlah kekurangan kasih sayang sbb org kt sini sibuk ngan keje jer...hehehe merepek lagi
Deletece tanya tukang kebun bahagia bersama...dia kan phd in genetic
ReplyDeletemintak Awin la tolong tanyakan...bole?
Delete