Monday, December 16, 2013

Kenapa Tak Jadi Macam yang Rose Tanam?

Mula-mula sekali saya nak minta maaf pada Kak Fifi (bukan nama sebenar, kalau dia baca dia taulah nama sebenar dia...hehehe) kerana terpaksa memaparkan cerita Kak Fifi kat blog saya ni.
 
Pada suatu hari sedang saya enak menikmati 'durian pancake' kat sebuah restoran ternama (kununnya), tiba-tiba saya terdengar telefon saya berbunyi. Ada panggilan daripada seseorang yang saya kenali iaitu Kak Fifi.
 
Kak FiFi jarang-jarang telefon saya kecuali nak pesan pokok atau biji benih walaupun kami bekerja di tempat yang sama (tapi opis lain). Kali ini Kak Fifi tanya pada saya tentang pokok timun betik yang telah ditanamnya. Kata Kak Fifi buah timun betiknya tidak bertukar warna kepada kuning susu walaupun telah sampai tempoh matangnya (macam yang Rose tanam). Kak Fifi tanya lagi macamana nak tahu buah timun betiknya dah matang.
 
Saya cadangkan Kak Fifi cium bau buah tersebut, kalau ada bau seperti tembikai susu maknanya buah tersebut dah masak. Kak Fifi kata susahlah nak cium sebab buahnya tinggi (saya rasa pelik). Dia kata lagi kenapa timun betik yang ditanamnya tak kelihatan seperti timun betik yang saya paparkan dalam blog ini.
 
Kak Fifi kata nanti dia hantar gambar timun betik tersebut melalui e-mel, maklumlah saya ini guna telefon cap itik jer jadi tak ada aplikasi canggih yang sewaktu dengannya.
 

Inilah gambar-gambar 'timun betik' yang Kak Fifi hantar.
 
Sebaik sahaja saya buka email dan lihat gambar-gambar ini saya ketawa terbahak-bahak. Alahai Kak Fifi, patutlah warnanya tak bertukar. Ini bukannya timun betik tapi petola sarang atau petola bantal.
 
Memanglah warnanya tak akan bertukar kuning susu tapi akhirnya akan bertukar menjadi coklat. Bila saya bagitau Kak Fifi macam tu terus Kak Fifi bengang sebab tak sempat nak buat sayur buah petola ini. 
Pada ketika ini buah petola dalam keadaan berserat tentu tak sedap dibuat sayur. Tak apalah Kak Fifi, kita simpan hingga dapat sabutnya dan gunakan untuk basuh pinggan yer.
 
Kesian Kak Fifi, rupa-rupaya salah tanam biji benih. Tak apa kita cuba lagi yer Kak Fifi. Jangan risau pokok timun betik senang nak tumbuh dan berbuah. Kalau tanam biji benih yang betul (kalau tak ada, meh jumpa saya, saya bagi free jer).
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

13 comments:

  1. Replies
    1. mmg pun kesian, benih timun betik yg sy bg kak fifi dah sedekah kt org lain...hehehe

      Delete
  2. hehehe....sian kak fifi,tak pe,cuba tanam lagi.

    ReplyDelete
  3. hehehe...saya pun nak ckp, kesian kak fifi....tak per, cuba lagi tanam benih timun betik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harapnya kak fifi tak marah la bila dia baca entry ni....hehehe

      Delete
  4. wahhh beso nyer nih mau kalu bt syr kene 2 kali syr nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni dah tk bole buat sayur, yg kecik2 comei jer bole buat sayo....hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. mesti kak fifi terharu sebab ramai bg semangat kat dia supaya cuba lagi

      Delete
  6. Kecewanya perasaan Fifi, nasib baik lah die bertanye.. kalo die petik buat serawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...bertambah tambahlah kecewa kak fifi kalo dia buat serawa petola bantal

      Delete
  7. haha. semoga kak fifi tak putus asa ye. cuba lagi sampai berjaya :)

    ReplyDelete