Monday, December 9, 2013

Hah! Tanaman Makhluk Halus?

 Ini pokok senduduk putih.

Baru-baru ini ada pegawai pejabat kesihatan datang melawat kawasan rumah saya, macam biasalah nak periksa kehadiran. Kehadiran apa lagi tentulah kehadiran anak-anak nyamuk aedes iaitu jentik-jentik. Kadang-kadang naik rimas saya tau!
Pegawai tersebut terpandangkan pokok senduduk putih saya yang tengah galak berbunga, katanya ini pokok makhluk halus. Terkejut saya, maklumlah tak terbaca lagi pasal benda itu.
 Bukanlah saya takut tapi  saya setakat tahu yang pokok senduduk ini banyak khasiatnya untuk perubatan sahaja.
Setelah saya membaca di sana-sini, apa yang dikatakan oleh pegawai itu ada penyokongnya. Dikatakan pokok senduduk putih ini agak 'rare', dan sekiranya berjumpa lihat-lihat di sekeliling akarnya, kot-kot terjumpa batu geliga. Bolehlah jadi ahli sihir....hehehe, kalau saya jumpa saya buat batu cincin jer.




Dekat tempat saya pokok senduduk putih bukan lagi 'rare', senang sangat nak jumpa. Antara khasiat pokok senduduk putih adalah dikatakan, daunnya yang dilumatkan boleh menghentikan pendarahan pada luka. Selain daripada itu pucuknya juga boleh dibuat ulam sama ada mentah ataupun direbus.
Toke nurseri juga menambah, dengan meminum air rebusan daun senduduk putih boleh mengubati penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Buahnya juga boleh dimakan dan dikatakan menpunyai nilai antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu pokok senduduk putih juga terkenal sebagai ubat untuk penyakit keputihan  bagi wanita.
Dan bagi pekebun-pekebun tegar yang biasa terkena gigitan pacat dan bisa ulat bulu bolehlah menggunakan daun senduduk putih sebagai penawarnya



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

18 comments:

  1. Salam SmRose, kejap lagi ramai lah tok bomoh datang rumah.. carik batu geliga.. kiranya sama khasiat la kan senduduk bunga biru n bunga putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kalau bomoh yang datang tak apa, takut2 yanga 'Lain' pulak....hahahaha

      Delete
  2. ohoooo yeke.... teringat kt kg dulu selalu jumpa ngn senduduk putih nih... siap bt main lg, tp kalu kalu bt ubat luka senduduk yg bunga pink tuh pun boleh je rasanyer... sbb masa kecik2 dulu kalu luka kunyah2 daun senduduk nih n letak kt luka tuh terus berenti drh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...camtu yer, saya ni tak tahu pun khasiat senduduk biasa tu, tapi ingat2 masa kecik dlu mak ada guna untuk rebus dengan keladi kot, nak buang gatal

      Delete
  3. senduduk putih sama jenis dengan senduduk warna pink tu, betul tak Rose, cuma warna bunga yg.berbeza, kalau buahnya macam mana?, jenis yg.pink buahnya kalau dah tua@masak akan terbelah dan mengeluarkan warna biru dakwat, jenis yg.putih ni macam mana warna buah nya?..hehehe maaflah banyak tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sy pun kurang arif kak, tapi mmg diorang ni adik beradik la, cuma senduduk putih ni sebenarnya glamer dgn kisah mistiknya saja.

      Delete
  4. arwah tok saya yang mahir dalam perubatan tradisional dan urutan pun kata benda yang sama juga. senduduk putih ni tidak lah rare sangat tapi 'sesetengah'nya ada kelebihan bila tumbuh dalam kawasan rumah. katanya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik2 dlu jenuh gak main dlm belukat senduduk tapi mmg tak jumpa senduduk putih, kalo jumpa... hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Mintak tolong nak beli anak senduduk putih untk berubat...tolong...0146262192

      Delete
  6. Bunganya jika dimakan akan menjadi anti bodi tubuh dari gigitan binatang berbisa. InsyaAllah. Sekuntum sehari amalannya.

    ReplyDelete
  7. Saya dah cuba. Amat bagus. Dugaan digigit ular, tebuan dan lebah. Mujarab

    ReplyDelete
  8. Dkat kpj penang ad 2 pkok senduduk putih

    ReplyDelete
  9. Dkat kpj penang ad 2 pkok senduduk putih

    ReplyDelete
  10. Sis kat mane saya boleh dpt daun senduduk putih utk merawat keputihan.

    ReplyDelete
  11. kalau kwasan tu bnyak pokok seduduk putih tu tandanya tu perkampungan bunian. jgan celupar sudah lah

    ReplyDelete