Sunday, December 8, 2013

Yang Ku Sayang

Inilah pokok yang paling saya sayang kat rumah saya ni. Dah besar pun dia. Nak menjaganya tak sesusah mana. Cuma bagi air yang cukup sahaja. Pokok jenis 'liar' ini tak perlu dibaja banyak sangat. Nanti dia terkejut. Kalau boleh baja dengan bahan-bahan semulajadi, contohnya air basuh beras dan juga air ikan.

Saya tangkap gambar pokok tenggek burung ini dalam rumah sebab masa itu saya nak pindahkan dari belakang rumah ke halaman depan. Nak bagi dia duduk bawah pokok mangga. Redup sikit. Maklumlah kalau panas sangat nanti pahit pula pucuknya.

Saya telefon mak saya semalam, ada berita baik. Katanya pokok-pokok tenggek burung yang disediakan untuk dijual nampaknya membesar dengan sihat. Bagi pelanggan-pelanggan yang dalam senarai menunggu mungkin akan dapat pokok tenggek burung masing-masing tahun hadapan, maksud saya bulan hadapan.

Harap dapat bersabar yer!

Nak tahu khasiat ulam tenggek burung? Sila baca di SINI.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?


6 comments:

  1. cantik lah pokok ni..tak pernah tengok pokok ni..mudah hidup dan banyak khasiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sabah tak ada kot pokok ni yer, tidak pun namanya lain

      Delete
  2. Banyak khasiat ya ulam tenggek burung. Belum pernah makan lagi ulam ni,

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan.....Sedap daun ni buat ulam....:)

    ReplyDelete