Tuesday, January 7, 2014

Adik Beradik Ros Jepun?

 Cantikkan! Macam bunga plastik pun ada. Daunnya kalau silap tengok macam daun bawang yang kontot-kontot.


 Saya jumpa bunga ini dekat nurseri, diletak sebaris dengan bunga ros jepun. Adakah mereka adik beradik lain ibu lain bapa? Saya pun tak pasti, kalau tanya toke nurseri tentunya tak pernah tahu. Cuma yang dia tahu bila saya tanya pokok ini tahan panas tak, dia kata ya.

Tapi pasti ada antara yang sudi baca blog saya ini tahu apa nama bunga ini.


 Saya rasa bunga ini sangat cantik lalu saya pun beli sepasu. Kalau mak saya tahu mesti dia pun nak sepasu, paling tidak pun mesti dia nak suruh saya bawa keratan batang bunga ini untuk ditanam. Saya pun tak pasti sama ada ia boleh ditanam daripada keratan. Nanti saya cuba.


Nampaknya sejak dua tiga hari pokok ini jadi penghuni halaman saya, rajin sungguh dia berbunga. Setiap pagi ada sahaja bunga baru yang menghiasi pasu gantung ini.





************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

15 comments:

  1. Salam Ros, saya ada beli satu, memang macam adik beradik rose jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa nama dia yer? Ros Korea kot...hehehee

      Delete
  2. Mcm rose jepun la,kelopak ala2 mcm bunga aster, cantik la...mesti senang tanam mcm rose jepun kalo dah lebat mesti cantik sesangat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapikan yg sy tengok batangnya yg dah tua Nampak berkayu sikit tak macam ros jepun

      Delete
  3. cantiknyer bunge nih.... tgk daun mcm sedara ros jepun

    ReplyDelete
  4. cantek yg ni.. bunga nye kelopaknye memanjang.. agak berbeza, seakan2 bunya zania.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker, ada la jugak, macam bunga buat drp straw minuman pun ada...hehehe

      Delete
  5. Biakkan banyak2 ya nanti boleh jual!

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin gak nak biakkan tapi cam tak de masa jer....hehehe

      Delete
  6. cantiknye... sah mmg adik beradik lain mak sama bapak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa...ni mesti dah tgk surat beranak dia ni

      Delete
  7. Replies
    1. cantik tp tak tahan lama bunganya, En. Is tau tak nama bunga ni?

      Delete
  8. Assalam...klau nak beli keratan dia bleh x dear?

    ReplyDelete