Monday, January 6, 2014

Tuaian Tunggal bukan Tunggul

 Alahai! Bangganya saya dapat menuai lobak putih yang ditanam sendiri. Sebelum ini ada juga cuba tanam menggunakan benih serbajadi tapi tak menjadi-jadi. Kali ini saya tertanam guna benih Semua Menjadi ('promote nampak...hehehe), alhamdulillah menjadi pulak dia.


 Walaupun cuma sebatang, cukup membuatkan saya bersemangat untuk tanam lobak putih lagi. Sebenarnya benih lobak putih ini bercampur dengan bayam merah yang saya tanam di hadapan rumah. 

Bayam merah dah lama pun saya tuai. Saya ingatkan sawi rupanya-rupanya yang tinggal ada sepokok lobak putih. Daunnya memang sihat, masa saya cuba potong terasa berserat sedikit, saya sangka tentu pahit rasanya.


Lobak putih ini beserta daunnya telah selamat saya tumiskan dengan bawang putih dan udang. Saya buat berkuah macam sup. Memang manis rasanya hasil tuaian sendiri malah daunnya pun tak pahit dan rasanya sedap macam sawi biasa tanpa rasa payau atau pedas. 

Berbaloi-baloi rasanya tanam lobak putih, bukan setakat isinya boleh dimakan daunnya pun boleh dimasak bersama. Walaupun hasil tuaian tunggal dapatlah juga dijadikan lauk hidangan untuk sekali makan.

Jom tanam lobak putih!!!





************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

6 comments:

  1. mmg sedap ke lobak putih nih? dana tak tau camne nk msk lobak putih nih bg rasa sedap... teringat dlu2 kalu kene kencing kotor msk sup lobak putih nih nak tak nak je telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mmg suka sbb biasa mkn dr kecik, biasanya tumis dgn udang, kalau campur dalam kuah dhal pun ok jugak.

      Delete
  2. Ada sorang kawan Minah Arab yg mula ajar makan daun lobak putih ni.
    Sejak dari itu, mmg daun lobak putih menjadi pilihan pertama jika tidak ada sawi yg batang hijau/putih.
    Cara masak masih cara yg sama.
    Rasa pun sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...org Arab pun makan ya, sy pun baru2 ni jer cuba makan, tak sangka ok, senang pulak nak menanamnya tu, lpas tu tk byk musuh yg menggangu.

      Delete
  3. Nyam2.. sedap...tenyata bukan tunggul..haha. Tahniah.. benih smua menjadi mmg terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...org lain dah tanam berkilo2 lobak putih, toke biji benih br tanam satu pun nak heboh!

      Delete