Friday, February 14, 2014

Dari Bunga Menjadi Benih

 Cantik juga bunga ini kalau kumpulkan buat jambangan boleh jadi hiasan meja makan. Sambil-sambil makan boleh ambil pucuknya cicah sambal makan dengan nasi. Sedap, lemak-lemak kelat, berkhasiat tinggi. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu khasiatnya.


 Cuaca panas sekarang ini menyebabkan bunga ini cepat kering lalu menghasilkan benih yang berwarna hitam kebiruan dan kelihatan berkilat.
 
Saya cuba kutip dan kumpul, manalah tau kalau-kalau boleh hidup jadi pokok yang boleh dituai hasilnya nanti.
 


Apapun saya rasa bunganya memang cantik dan pokoknya banyak tumbuh di kawasan  tempat tinggal mak dan abah saya. Yang ini belum berkembang, sebab saya melawat kawasan pada waktu pagi.
 
Tak pasti pula saya sama ada bunganya mengeluarkan bau wangi atau tidak.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

4 comments:

  1. assalammualaikum dik Rose.
    Cantik bunga ni, bergugus gugus..tanam tepi rumah sebagai pokok pelindung pun cantik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak puteri, pkk ulam ni kak. Byk tumbuh liar dkt kawasan rumah msk abah sy. Di Sabah mesti ada pkk ni kot. Cuma namanya mungkin lain.

      Delete
  2. pokok nampak cantik dan segar, menarik sebab pucuk boleh buat ulam..... apa nama pokok ni agaknya.

    ReplyDelete